Thursday, April 14, 2016

Lawak Kata lawan


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Wednesday, April 6, 2016

Rahsia Lelaki Yang Dianggap Remeh


Perempuan VS Isteri .... Lelaki VS Suami.

Wahai perempuan, aku di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. 
Wahai Isteri, aku di sini sebagai suami ingin bagi tahu. 
Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? 
Tapi tahukah isteri, suami sukakan perempuan yang menutup auratnya. Dan dia lebih menghargainya begitu?

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------


Wahai perempuan, tahukah kalian yang lelaki sangat suka bila kalian manja-manja dengan dia? 
Tapi wahai isteri, tahukah kamu yang suami-suami kamu sangat manja sebenarnya. Dan mereka sebenarnya sangat suka dimanja-manjakan. Apabila ditanya “Hai abang... kenapa muyuk2 niey...?” “Hai abang...puyut abang cam niey pun nampak tomeyy laaa..” Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan, mahu tak kalau aku bukakan satu rahsia mengenai lelaki? Lelaki ini sebenarnya sangat lemah dengan air mata kalian. 
Tetapi isteri-isteri semua, jangan takut untuk menangis kerana air mata kalian bagi suami-suamimu adalah kekuatan buat mereka. Kerana airmata kamulah suami bisa bangkit berjuang kembali disaat mereka rebah jatuh kecewa.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan, tahukah kamu yang lelaki takut pada perempuan yang gemuk? Walaupun pada hakikatnya yang mereka juga bulat macam buah nangka masak? 
Dan wahai isteri, kalian sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk badan sangat kerana suami suka memeluk anda, kerana anda wangi dan mereka suka mencium kamu, kerana rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak kusut masai dan mengerbang-gerbang) Jadi jagalah kebersihan diri dan selalulah mandi. Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah wangi semanjang, kadang tu kitorang pun hapak juga. Hahahaha...

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Tahu tak perempuan yang lelaki suka kalian pakai jarang-jarang, dan singkat-singkat. Mereka suka tengok, kalau dapat mereka gatal nak pegang. Tapi percayalah, yang mereka tidak akan sekali-kali menjadikan anda pilihan no satu untuk dijadikan isteri. 
Wahai isteri, tahu tak kamu semua aper kenyataan yang sebenarnya apabila suami anda memberi komenter pada pakaian anda..? Contoh: Hisk...!!! Pegi salin laa baju lain. (sebab seksi sangat).” Sebenarnya mereka suka sangat tu, tapi mereka nih spesis yang tak leh berkongsi apa pun dengan orang lain. Sebenarnya mereka tidak mahu orang lain lihat yang isterinya sangat menarik. Jadi pandai-pandailah kalian menyakinkan mereka yang permandangan yang sangat indah itu hanya untuk mereka sahaja, pasti suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai mamak.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan, kamu nak tahu tak bila kalian berkata “aku tak nak kacau dialah, aku nak bagi ruang pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu meletakkan hubungan kamu dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka perempaun yang merengek-rengek dengan dia. 
Berbeza pula dengan suami, jangan sekali-kali isteri merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami sedang melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan yang penting. Contoh sewaktu tayangan lansung liga juara-juara eropah...? Hahahahhaa.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan. Tahu tidak sifat pak turut kalian hanya merendahkan nilai kalian disisi lelaki? Namun bagi seorang isteri pula sifat itu sangatlah penting. Itu melambangkan bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi bukan bermakna kamu akan membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi penilaian dalam membuat keputusan.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Satu lagi wahai perempuan dan isteri. Ini rasa dek aku sama jer, baik sebelum kamu menjadi isterinya atau sesudah menjadi isteri mereka. Janganlah kalian memakai mekap yang tebal-tebal, sampai nampak berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh meleleh-leleh macam air susu... Yarkkkk!!!! Tak sanggup laaa aku. Cukup la badan tak bau busuk, bibir tidak  nampak lebam dan pucat. Kalau tidak jangan salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan jangan mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang jalan tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak mahu ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang dah macam opera cina.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan semua, andai kata adik korang datang menyibuk sewaktu teman lelaki korang datang bertandang kerumah dan minum petang disana. Jangan sekali-kali korang menengking adik korang depan dia. Sebab itu akan membuatkan mereka berhenti untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan kalian. 
Dan wahai isteri-isteri yang cantik akhlak semua. Jangan kamu memarahi anak-anak kamu dengan suara yang nyaring dan gertakan-gertakan yang menakutkan. Kerana suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini sebenarnya. Walaupun pada pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil pusing. Tapi sebenarnya mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah kalian itu bukan ibu-ibu kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan penampar dari pagi-pagi buta lagi dah.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Satu perkara yang selalu diabaikan oleh perempuan bila mereka bergelar isteri. Suami kamu sebenarnya suka kalau kamu nakal dengan mereka. (bagaimana? Laaa lu pikir la sendiri) Hahahaha.... Tau kenaper ? Sebab lelaki nih, sama ada dia lelaki, suami atau ayah. Mereka tetap nakal sampai bila-bila. Jadi imbangilah kenakalan mereka. Dan dalam hati mereka pula, mereka, lelaki ini sangat lambat tuanya. Forever young. Hehhehee.....



#cp

Saturday, February 20, 2016

Pelet Cafe ~~ Puncak Mutiara Cafe ~~


19 Febuari 2016

              Start tahun baru ni, dah jarang dah beraktiviti bersama mimosian... bukan start tahun baru, tapi sejak start kontrak baru lagi dah.. almost a year.... But tonight, we gathered again....Gather outdoor mmg da out dah la..so kita gather indoor jee.. G MAKAN !!!. hahahaha

            Okay kali ni nye gathering is in Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Bukit Mertajam. haaaa u c... aku ni dah la pantang bab2 makan ni..asal ade makan je kompem nakkk... 

             Ni haaaa signboard restoren ni... Dari awal masuk cam pelik je, sebab kawasan kampung ni memang kompem kampung yang kampung la.. Siap sesat lagi aku nye ponggg... tak jumpe lorong... Padahal signboard Kampung Pelet dah besor tepampang dah. hahahah



                 Once sampai depan restoren ni... fuyoooooo... tak disangka2, kawasan kampung dengan jalan yang sempit, tak rata dan belubang...tetibe ada mende alah ni... Kawasan restoren yang osem, parking yang luas ...siap ade parking guard lagi.. Ko Ado?? ermmmm...

pemandangan entrance mutiara cafe ni...
          Bukan saja parking luas, restoren yang unik...tapi once masuk entrance restoren ni...tudiaaaaa.... lawa... jungle + village... osem sangat la haiii... da masuk nak p cari port makan, sekali lagi tediaaaaaaaaaaaaa.... besar baq ang kawasan dye.. boley semput klu ajak orang tua datang makan kt sini (tu klu nak makan blah belakang la, tempat dekat ade je boh) **sje wat ayat bes. hahahahhaha. 

           Okay sebab tempat ni terlalu osem, so far ni la yang osem kot. hahahha. So aku share skit la detail about restoren ni.. Kot2 la ade yang nak pegi ke.. bleh la buat reservation sekarang sebelom penoh. haaaa tak kire la tuk g dinner ke, tuk candle light dinner ke, tuk event farewell ke, event besday ke..sume boley laaa.

Nak lagi detail ni haaaa... Klik sini



           Dah setel memuji bagai restoren ni, perot pon da lapo... Its time to order la.. rugi la klu datang tak makan.. kot la kenyang tengok kawasan sekeliling.. hahaha. Oh yer sebelom terlupa, antara member yang pegi event makan2 ni adalah: Aku, Burhan, Zul, Afif, Arif, Ucop, Mustika (bini ucop) & Aisyah (anak ucop). hikhikhik...

ni la menu yang aku order... hehe.. sup jee... lain2 tak mampu. 

            At last kami pilih tempat makan yang paling hujung skali.. haaa..berdekatan dengan farm.. Tapi tak sure la farm ape, sebab keadaan da gelap. maklumlah dah malam.. Tuk pengetahuan, restoren ni pon ada farm facilities ..Antaranya :goat farm, chicken farm, rabbit farm, ostrich farm, fish pond, juice farm, lime farm... && macam2 farm lagi laa.. just based on website je... Aku sendiri pon tak pernah pegi.. hahaha

            Lets eat..makan makan makan...sampai kenyang... pastu tak ingat nak update gamba sebelum dan selepas.. ok baiiii.. Maka, here are some photo to be shared..tapi semua yang dah lepas makan. hahaha.. Nampak kitorg kebulur nak makan..


peace!!







          Ok done makan2... after makan, kitorg balik seperti biase.. Dah takde lagho2 cam dulu dah.. just straight to the aim... Janji dapat makan kambing. hahaha. ok baiii...


Friday, January 22, 2016

Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa




           Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar, kerana itu, mereka bertengkar setiap hari. Atas alasan sering bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim dengan yang lain. 

    Akhirnya mereka bercerai dan si suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Si mantan isterinya pun tidak lama kemudian berkahwin lagi. Mereka belum dikurniakan anak, perkahwinan baru keduanya masing-masing berjalan dengan sangat lancar.

     Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumahtangga mereka berakhir sama seperti yang dulu, sedikit sedikit bertengkar.

     Isteri barunya bahkan tidak mahu mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri. Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa dia selalu memilih isteri yang kurang baik, setiap hari ia mengeluh.

     Suatu hari, di sebuah majlis makan malam, secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya. Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa-apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.

       Akhirnya rakan saya tidak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumahtangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.

Dia berkata, "Isteri saya adalah wanita yang sangat hebat, sangat prihatin dan lembut, dia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Dia juga sangat menyayangi saya, dia sentiasa bersikap baik terhadap kedua ibu bapa, saudara dan teman-teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya memerlukan perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali."

       Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu dia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti semua ini cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.

      Tidak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah. Dia bersembunyi dan hanya memerhati, akhirnya dia menyedari pasangan itu benar-benar bahagia.

      Kebahagiaan itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yang selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yang diberikan oleh suaminya itu. 

      Sebenarnya dalam pelbagai situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki., Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya. 

   Walaupun dalam sebuah perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi. Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.

    Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat. Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat. 

Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yang sempurna. 


Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki,

Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki,

Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki,

Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki,

Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki,

Kerosakan wanita adalah HUTANG lelaki......



Wanita seperti sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yang dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.

Umpama itu peribahasa melayu, "bagaimana acuan, begitulah kuihnya."


#cp [Credit to: penulis asal]


Saturday, September 26, 2015

~ Konvoi Kenduri : Part 1 ~


Pengkalan Hulu, Gerik

           Awal pagi da sibuk call orang tu call orang ni.. Nak pegi Gerik katanyee.. takmau la lewat sebab nak shoot g Terengganu lak lepas tu. 19th September 2015 is a big day for Zaty dan pasangan. Yeahhhhhh.... sorang lagi ofismate MIMOS kawen.. kali ni kat Gerik plak.

          Dalam duk plan taknak lewat..last2 lewat jugak. lepas zohor bru bolehh betolak dari Sungai Petani ke Gerik.. Dah sampai Gerik, kitorang geng kete myvi ni plak tersesat. adoii.. Time tu da almost nk asar dah.. hahaha.. Majlis pon da abis da..gasak la, Janji sampai.
                         
Utara
 Myvi : Zul, Zizan, Aku, Wani
Honda City : Burhan, Cikin, Ucop, Mustika

Barat
Alza : Adib, Gee, Aini, Mala, Aiza, Kak Fizah
Saga : Zulhilmi, Ika

Timur
Neo : Syuk

            Sampai umah zaty at almost 4:15 petang..Undangan sepatutnye smpai kol 3:00 je..hahahha . elok sangat perangai..orang jauh kot. padahal sebelah negeri jee. Mase kitorang sampai geng KL sume da nak gerak ke Terengganu dah.. laju nye dorang. **ke kitorang yang lambat. hahahha

cantek kan raja & pemaisuri of de day.. haaa.. seiras serupa..
pengantin bergambar ngan rombongan sesi pertama. haha
ngan pengantin laki...nak jugakk dorg pon
okay testing pelamin.. who's next??
Rombongan sesi petama..dari KL & Pahang
pompuan je dah la..laki duk luaa
            Time kitorang pegi, takleh la nak sakan amik gambar sangat, sebab lapo + lewat da.. Kut suke aje lapo, padahal baru je lepas lapik perut kat RnR Tawar..hahaha. sikit je gambar kami, pengantin pon da rushing nak g photoshoot lagi...Kesian pengantin terpaksa layan tetamu yang kelewatan ni. hikhikhik...

Rombongan sesi kedua lakk.. dari Kedah..huhu..


RnR Titiwangsa

             After kenduri Zaty, geng2 KL ni singgah RnR Perah... nk buat ape? pegi mandi.. nampakkk... Betapa panas nye cuaca, sempat lagi g refreshkan diri ...siap mandi tu takleh blah. Kitorang geng Utara still lg duk makan2 kenduri.. haha. 

           Dah setel makan almost asar dah. Rush gerak ke Terengganu.. 4 hours to go..Fuuhhh... Geng KL after got refreshment sempat lagi berenti kat RnR Titiwangsa... siap fotoshoot bagai...betapa rilek n cool nye dorg..kami geng utara kemaen bekejar takot lewat...

posing dulu sblm hari senja
haaa ni la model tetap nye. hahaha
nice shoot at Titiwangsa.. model cun, scene cun.. huhu


Pulau Warisan, Kuala Terengganu

                After all the way travel, akhirnya kami sampai gak kat Terengganu..Welcome to Terengganu.. Lam jam 10 malam kami smpai Kuala Terengganu & trus g cari makanan...Supper sebab sume dah lapar...tapi letih

             Sampai je Kuala Terengganu, aku dah rimas dah... otak bergerak pantas, semua nak tuju soklan kat aku... ok baii..nak p mana, nak tido mane, nak makan mane...haiiii...aku ni dah la Terengganu celop..Asal je ganu, tempat2 menarik ganu mane nak tahu sangat

lepaking...geng die-die ajeee
                 At last kami decide pegi makan supper kat Waterfront...berjumpe la kami2 kat sane.. bekumpul dengan meriahnyee. hehe..Letih tapi lapar... After makan parts da balek ke homestay, and another parts pegi lepakkk.. Lepak di Pulau Warisan katanye... China street..haaa pegi la,  Geng pompuan sume taknak layan... sume dah letih..


            Ape la keje dorg ni...Duk fotoshoot nostalgia lakk memalam..Tak letih ke dorang ni. da la drive jauh... Tibe geng pompuan yang duk tido memanjang lam kete tu pulak yang terlebih letih. hahahaha. 

osem shoot
kemaen sakan cek motor
biar gambar berbicara...
minat sungguh dorg ngan port ni.. hahaha
               Dah selesai sume makan, lepak...baru lah dorang balik homestay tuk rehat. Keesokan harinya nak hadiri kenduri Farien & Zana lak...so kene rehat ckop2...takmau letih2. nanti terlepas kenduri plak kang... 

Saturday, July 18, 2015

Ramadhan Tiba.. KHTP haaaa


Bantuan Ramadhan - 10/7/2016

             First time join team bantuan ramadhan. Ke ape punye nama dye tak tahu la. Janji membantu orang2 kurang berkemampuan area Kulim ni. Di bulan Ramadhan ni, amik mood amik iktibar sikit ngan orang2 sekeliling nye kehidupan. Syik ngadap laptop duk lam ekon je ari2. Skali skala p jugak la jenguk umah2 kampung . Alang2 tu leh gak merasa udara segar dikampung serta amik vitamin sinar matahari skek. hikhikhik

             Misi ni bermula start 9 pagi hingga lunch time 12:30 tengahari. Sebanyak 4 buat kereta yang terlibat tuk bawak barang2 bantuan. 

cakkk.. haaa men cakk2 lak dah bulan2 pose nih

             Antara umah2 yang terlibat dalam misi bantuan Ramadhan ni adalah rumah2 area Kulim dan  Karangan. 5 buah rumah yang terpilih je diberi bantuan seperti bantuan makanan dan keperluan rumah. 

okay, kita fokus tuan rumah aje lah.. ermmm

rumah pakcik ni gelap dan sempit. 


Iftar Ramadhan - 13/7/2016

       Bulan2 Ramadhan ni tak seronok la kalau tak buat majlis berbuka puasa beramai. Majlis seumpama ni memang wajib diadakan tiap2 tahun kat Mimos ni. Selalu nye Mimos akan adakan majlis berbuka puasa bersama peserta luar. 

           So untuk kali ni, Mimos menjemput adik2 dari Maahad Tahfiz Al-Qadi Ihyad, Kulim as our guests this year. 

Detail majlis bace kat sini aje. hahhaha

              Disebabkan majlis ni start awal, so kitorg suggest tuk buat sedikit Majlis Tahlil dan Tazkirah Ramadhan. haaa.. Lame ase tak dengar tazkirah bagai..sekali sekala apa salahnye kasi alunan Quran masuk telinga dan hati... **selalu buat coding, pasang lagu hindustan jeerr. hahahhaha


ni antara staff2 mimos yang hadir 

bagus... khusyuk semua.. Alhamdulillah


                 Lepas selesai majlis tahlil dan tazkirah, Its time to berbuka puasa. Iftar bermula dengan air mineral dan kurma, Then teruskan bersama solat maghrib sebelum jamuan bermula. Bagi kaum Islam, dijamukan kurma dan air mineral di surau. Bagi kaum bukan Islam, disediakan manisan di ruangan Foyer Mimos. 

              Done simpple iftar dan solat maghrib, so semua dijemput ke Foyer tuk menikmati hidangan yang yum yum.. hehehe... So cam biase la.. after 15 minutes makan, Bos besar kita akan bagi ucapan kata alu-aluan, sembang sikit.. Celoteh Ramadhan namanye. hahahha...

sambil makan sempat lagi senyum tgk camera
 
Tudiaa MC kita, En Anas. hahaha

 
okay senyummmm 

Ni je kaum pompuan yang ado... pupus dah
 
team security...makan jangan tak makan

team bujang tak brape bujang. hahahhaa

okay nak gakkk amik gambo kat banner.. ahhahaha


Friday, May 8, 2015

Perempuan Memang D.E.G.I.L


Org perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung




Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.

To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.

Kepada para suami yg budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab org perempuan memang 'degil'. Hehehe.


From a mother to the mothers