Friday, May 31, 2013

♥ A Moment To Remember ♥

      Sedar tak sedar da 23 tahun umur aku sekarang . sungguh muda remaja dari yang remaja² . haha . Tahun berganti tahun, ada saja kawan² yang melangsungkan perkahwinan . sama ada kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrik mahupun dari universiti tercinta . semua da besar² , semua da matang . Turut bahagia mendengar perkhabaran tentang dorang . 
        Imbau balik kenangan² lampau, rasa nak tergelak pun ada. teringat perangai kawan² yang 'giler²' , tup² dapat invitation nak kawin . Unbelievable . haha . Dalam ramai² kawan rapat aku . Khaidatul Akma (kak) adalah antara sabahat yang paling awal mendirikan rumah tangga diantara kitorang yang lain . Lagi la unbelievable . Apa tak nya, tetibe je invite kenduri . perghhhhh . 
        Kitorang mula rapat time form 4, masa tu aku pes tyme masuk hostel kot . sebelum ni duk umah jer. haha . masuk hostel pon semata² plan nak handle majlis tuk asrama. kalau tak, mmg takkan duk ostel la kot . 


Aku, Fazlina, Tehah, Lia, Kak

Ni gambar kitorang time lawatan ke Cameron Highland pada 2006 . time form 4 . tak ingat lak tuk ape. Assume lawatan suke² je la senang . kah3 . So happy² . time ni still budak² lagi . hanimun time . Kitorang get along together sampai la masing² bawak haluan sendiri iaitu after SPM . 


After SPM

After SPM, semua da dapat study jauh² . semua da bawak haluan masing² . Aku time tu p Matrik Perlis , Lin masuk Matrik Pahang , Kak kt Unisza . After abroad la konon kt Perlis,  aku dapat UMT pulak, dekat je ngan rumah, still in Terengganu, Lin plak dapat UPSI . 

Rumah Khaidatul Akma

Gambar kat atas ni pejumpaan taun bile ntah . kt umah Kak . rindu ooo . masing² lame tak jumpe. sekali sekale jumpe camni, lepas jugak rindu . 

atas Pelamin Wedding Natalia

Gambar kat atas ni plak time kenduri umah Natalia, tahun 2011 kalau tak silap. date pon da lupe. isyh² . Amik berkat dihari perkahwinan yang ke 3 dari rakan² sekolah (SMKATJ) selepas Fatihah dan Niza . haaaa . 

Kak, Dayah, Nazira

Ni la geng² road to Kemaman menghadiri perkahwinan Natalia . Planning this tour pon last minute jugak . Alhamdulillah, akhirnya sampai kat kemaman. boleh jugak datang meraikan kawan² kawin . hehe

2 Jun 2012

Hari Bahagia Khaidatul Akma & Anas

Tanggal 2 Jun 2012, Kak da naik pelamin . aura Natalia melekat rupanya . haha . Mabruk tuk kawan aku, Khaidatul Akma & suami, Anas . Of coz la hari bahagia kawan kena datang walaupun sibuk. wajib datang . so happy dat time. terperanjat pon ade. coz tetibe je dijemput . AMAZING!! Cuma 1 je tak seronok, Lin tak dapat hadir . Wakil aku je la kot . kah3 . 


8 months of Pregnancy

After kawin, Kak dan suami da sambung belajar kat Jordan, tinggal sane . Dapat pulak perkhabaran gembira, kak mengandung . WOW....da tak lame, dapat anak sedare . kah3 . Gambar kat atas ni, adalah gambar time Kak mengandung 8 bulan . Special date taken, 5.5.2013 . Hari mengundi kot . Siang da penat mengundi, sempat lagi p jenguk orang mengandung . da lame tak jumpe . Comel da sume . Terutamanya bakal ummi ni . 

25 Mei 2013

2nd Day as 'Ummi' at HSNZ

Tanggal 25.5.2013, pada jam 4.54 petang, Kak da selamat melahirkan seorang baby girl yang kiut miut lagi .  Teruja giler bila dengar berita ni dari FB suami Kak, Anas . Keesokan hari terus p terjah hospital ngan Lin . tak sabar nak tengok baby . 

"Dilarang mengambil gambar ketika berada di dalam wad" --> jadahnya . tak kira, nak amik gambar jugak . "klik..klik..klik"...haaaa . dapat pon amik gambar ngan ummi and baby skali . 

Cutie Baby Girl, Rifhan . ♥

This is the new born baby girl, Rifhan.....so so so cute . macam ummi ngan abi dye jugak . First time p tengok baby kawan baik kat hospital, aku ngan Lin teruja giler kot . cam jakun pon ade jugak . Happy pnye pasal . 

sedar tak sedar, kawan yang dulunya bermain sama², gaduh sama², buat keje sama² and almost everythings nak share something together, sekarang da jadi mak orang da . What a Superb Life . 

#There's Lot of Things Happen . but We're still have A MOMENT TO REMEMBER !


Saturday, March 23, 2013

7 Tips Membuatkan Otak Cepat Berfikir



1. Ambil dosis EPA secukupnya
EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.
**perbanyakkan pengambilan protien ikan berbanding protien lain

2. Seks secara terancang
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki
Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak kita tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika tidak berlatih secara regular, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.
**Lakukan banyak aktiviti 'Berfikir'. (Osem Thinking Practice in Programming)

4. Berjalan kaki
Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan fikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu menyingkirkan awan kelabu dan membantu fikiran kita lebih ‘jernih.’

5. Ketawa/Senyum
Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak. Pastikan ketawa setiap hari yer. Lagipun senyum itu sedekah ;) . Nampak lagi comey kalau senyum ...

6. Berfikiran Kreatif
Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif. Jadi,kalau korang minat muzik atau somethings yang related to arts, just go on.. Keep enjoying all that. 
**Programming is an Arts 

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).
**jangan ego ngan budak2.. Coz sometime otak kanak2 lagi logic dari otak orang dewasa. 

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan fikiran anda dari penjara fikiran ‘seorang dewasa’, kita akan menemui cara berfikir yang belum pernah ada sebelumnya.


 ---- #cp MyBerita ----


Thursday, February 14, 2013

Kerana Isteri Anda TIDAK BEKERJA ...?


Seorang suami mengadu rasa letih ... letih dan letih .... dan mahu isterinya membantu dia mendapatkan wang dengan bekerja juga, kerana setakat ini dia berpendapat bahawa isterinya adalah ''tidak berkerja''.


Berikut adalah Soalan dan Jawapan antara Suami (S) dan Pakar Psikologi (P):

P: Apa yang anda lakukan untuk hidup Encik?
S: Saya bekerja sebagai Akauntan di Bank.

P: Isteri Anda?
S: Beliau tidak berkerja. Beliau adalah Suri rumah sahaja.

P: Siapa yang membuat sarapan pagi untuk keluarga anda pada waktu pagi?
S: Isteri saya, kerana dia tidak bekerja.

P: Pada apa masa isteri anda bangun untuk membuat sarapan?
S: Dia bangun pada kira-kira 05:00 pertama kerana dia membersihkan rumah sebelum membuat sarapan.

P: Bagaimana anak-anak anda pergi ke sekolah?
S: Isteri saya membawa mereka ke sekolah, kerana dia tidak bekerja.

P: Selepas mengantarl anak-anak ke sekolah, apakah dia lakukan?
S: Dia pergi ke pasar, kemudian pulang untuk memasak dan pencucian pakaian. Anda tahukan dia tidak berkerja.

P: Pada waktu malam, selepas anda pulang dari pejabat, apa yang anda lakukan?
S: Berehat, kerana saya kepenatan kerja seharian.

P: Apakah isteri anda lakukan itu?
S: Dia menyediakan makanan, melayan anak-anak kami, menyediakan makanan untuk saya dan membersihkan pinggan mangkuk, membersihkan rumah kemudian menidurkan anak-anak.


Dari cerita di atas, yang manakah anda berfikir lebih berkerja??

Setiap hari isteri anda bermula dari awal pagi hingga lewat malam. Yang dipanggil 'TIDAK BEKERJA'?!

Hargailah isteri anda. Kerana pengorbanan mereka adalah tidak terkira nilainya. Ini harus menjadi peringatan dan renungan untuk semua bagi memahami dan menghargai setiap peranan orang lain. Memahami dan Menghargai antara satu sama lain akan membuat setiap orang berasa gembira.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:

"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."

Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.


Sunday, November 4, 2012

Exp : Oracle 10g & Ora Dev 6i

New sem for a new thing to be explore. Sebulan dah berlalu untuk Latihan Industri. still ade rasa rindu lagi. rindu nak bekerja, rindu nak berkomunikasi, rindu nak bergurau senda. semua la. very precious memory with   MBKT staffs.

              Walaupun da lame rasanya tinggalkan saat bekerjaya camtu, tapi terasa hati ini untuk kongsi sedikit sebanyak ape yang aku da belaja time praktikal ari tu. The main things that had been given to me to be explored are:
1- Oracle Database 10g
2- Oracle Developer 6i (Form n Report)



Just a review about both of the things. no details maa. nanti pening.

Oracle Database 10g - 1st database design for enterprise grid computing










Oracle Developer 6i (Form n Report) - free integrated development environment to ease the management of Oracle database


selection for 'Oracle Form Developer' installation




selection for 'Oracle Report Developer' installation



sikit-sikit da la. ni review aje. not a detail installation. Just wanna share a simplest thing about Oracle.



Tuesday, October 23, 2012

Jangan Mudah Lafazkan GAGAL ~~




Ketahuilah bahawasanya....


  • Tidak bermakna dan & tidak lengkap kejayaan seseorang sekiranya dia tidak pernah mengharungi sebarang kegagalan


Kegagalan merupakan satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih berjaya


  • Kegagalan akan membantu untuk mematangkan diri dalam membuat keputusan pada masa akan datang.



disebalik kejayaan itu ada kegagalan.
Ketahuilah semakin banyak kamu mengalami kegagalan, semakin dekat untuk kamu menghampiri kejayaan.



  • Kegagalan bukan titik noktah dalam sesebuah kehidupan. Kamu tidak akan mengetahui nikmat KEJAYAAN selagi kamu tidak pernah merasai kegagalan.


Seorang yang takut gagal adalah seorang yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri.


  • Seseorang yang telah BERJAYA akan berasa lebih bangga untuk menceritakan kegagalan yang pernah dialaminya & bagaimana dia menghadapinya berbanding KEJAYAAN.


Apabila gagal, sebenarnya kamu telah mengambil langkah pertama untuk berjaya.





Kegagalan adalah satu perkara yang MENYERONOKKAN untuk dikongsi apabila seseorang itu BERJAYA kelak. 

Friday, September 14, 2012

~~ Aku...2...Karakter ~~

Aku anak kedua dari 5 adik-beradik. Anak Sulong yang ke dua pon boley . Jom ketahui karakter anak ke dua:
~~yang lain, carik sendirik la. hehe

Hafizah, Suriani, Mama, Amalina, Bahirah.
Fizah(k.teh), Sue(k.long), Mama, Eyna(k.chik), Aku (k.ngah).



ANAK MANJA IBU
sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!
#tp ak tak. biase2 je. xmanje sgt pon..

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGAQ .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..
#agak r. kihkih

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak reti nak pujuk makwe / pakwe dia..
#sumpah betol. klu nak merajuk, lantak hang la. t elok sendiri la tuh :p

BERCINTA
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …
#huh, no komen. 

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi
#dah mmg degil, nk wt cane. 

HATI
No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka
#aah, ala-ala buat muke lerr. ko ade??

BERDIKARI
very independent..mmg betul..tp kalau terlebih independent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her family and all stuff belonging family.
#tang independent tu btol la. bab take care tu, biase2 aje kot . haha

ARAHAN
anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri
#bukan xnak terima, cume lambat ckit nak buat. byk2 sgt suruh, geram jugak. 

PEMAAF & caring
tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah
#aah, baik baik jugak. tyme marah, haaaa. bkn marah, nasihat...:)

PAKAIAN
Nak ajer up to date…semua nak kemas....
#sikit2 la. bkn selalu

Monday, August 13, 2012

Ketahui Jenis Darah Dan Peribadi Anda


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah
yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?


DARAH ‘O ‘

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang:

  • Setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. 
  • Bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang   melibatkan kerja-kerja 
  • Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. 
  • Memiliki sifat cemburu yang agak kuat. 
  • Selain itu kamu juga berkumpulan. 
  • Terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. 

***Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH ‘A ‘

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. 

  • Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. 
  • Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian senang untuk bekerjasama dengan mu. 
  • Sikap sensitif, sabar, dan penyayang. 
  • Agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. 

***Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.


#  DARAH ‘B ’ # 

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. 


  • Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. 
  • Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. 
  • Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. 
  • Kamu adalah individu yang sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. 
  • Sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. 


***Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.



DARAH ‘AB ‘

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
 terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. 


  • Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk dalam diri
  • Sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
  • Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. 


***Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.