Saturday, March 23, 2013

7 Tips Membuatkan Otak Cepat Berfikir



1. Ambil dosis EPA secukupnya
EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.
**perbanyakkan pengambilan protien ikan berbanding protien lain

2. Seks secara terancang
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki
Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak kita tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika tidak berlatih secara regular, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.
**Lakukan banyak aktiviti 'Berfikir'. (Osem Thinking Practice in Programming)

4. Berjalan kaki
Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan fikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu menyingkirkan awan kelabu dan membantu fikiran kita lebih ‘jernih.’

5. Ketawa/Senyum
Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak. Pastikan ketawa setiap hari yer. Lagipun senyum itu sedekah ;) . Nampak lagi comey kalau senyum ...

6. Berfikiran Kreatif
Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif. Jadi,kalau korang minat muzik atau somethings yang related to arts, just go on.. Keep enjoying all that. 
**Programming is an Arts 

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).
**jangan ego ngan budak2.. Coz sometime otak kanak2 lagi logic dari otak orang dewasa. 

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan fikiran anda dari penjara fikiran ‘seorang dewasa’, kita akan menemui cara berfikir yang belum pernah ada sebelumnya.


 ---- #cp MyBerita ----