Friday, November 28, 2014

Sentap: JODOH vs MATI?



***    

Ada orang tanya saya:

"Macamana kita nak tahu yang seseorang tu jodoh kita ataupun bukan??"

Saya jawab dengan pertanyaan semula:

"Macamana kita nak tahu kita mati bila??"

Dia jawab:

"Manalah tahu...."

Saya balas:

"Kita takkan tahu bila kita mati. Dan kita tak pun di suruh CARI kematian. Apa yang Allah dan rasul suruh ialah melakukan PERSEDIAAN untuk menghadapi kematian dengan menempuhi jalan kehidupan ni dengan amal-amal soleh yang Allah redha. Kalau kita pilih jalan yang allah tak redha, maka hancurlah kita. Dan, BILA KITA MATI lah baru kita akan tahu saat kematian kita...."

Orang tu pelik. Dan di sebabkan dia pelik, dia pun tanya semula untuk dapatkan penjelasan:

"Tapi, apa kaitan dengan mati dengan jodoh? Saya tanya pasal jodoh, bukan pasal mati. Maybe ustaz salah dengar soalan. Soalan saya ialah, macamana kita nak tahu yang seseorang tu jodoh kita??"

Saya tersenyum sedikit. Sayapun meneruskan penerangan saya:

"Mati ni sama macam jodoh. Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi, kita mati bila. Allah juga dah tetapkan dah sebelum kita lahir, siapa jodoh kita. The point is, Allah dan Rasul tak suruhpun kita sibuk CARI JODOH, FIKIR pasal jodoh, SIBUK-SIBUK pasal jodoh dan sebagainya. Apa yang Allah dan rasul suruh ialah MEMBUAT PERSEDIAAN untuk mendapat jodoh...."



Dia mengangkut khusyuk. Kemudian saya sambung dengan penuh semangat:

"Allah dan rasul suruh kita buat persediaan untuk mendapat jodoh dengan mengikut jalan dan cara yang benar untuk mendapat jodoh. Jangan cemari jalan perkahwinan dengan dosa dan maksiat seperti couple, couple bajet islamik, ikhtilat, ikhtilat atas alasan kawan pastu tengok wayang sama-sama, ikhtilat atas alasan belajar pastu makan kat restoran sama-sama, ikhtilat atas alasan tunang, zina dan sebagainya. Allah tak redha! Tapi, kita kena membuat persediaan dengan melakukan amal yang Allah redha iaitu penuhi diri dengan dakwah tarbiah, amal ibadah dan lain-lain...."

Wajahnya kelihatan sedikit panic. Sentap mungkin. Tapi, dia masih fokus ingin mendengar huraian saya. Lalu, saya pun sambung dengan machonya:

"Seperti mana kalau kita buat persediaan yang baik untuk mati, maka kita akan dapat kematian yang baik, seperti itu juga kalau kita buat persediaan yang baik untuk jodoh, maka kita akan dapat jodoh yang baik. Sebaliknya, andai kita hiasi jalan kematian dengan maksiat, maka kita akan mati dalam keadaan buruk, seperti itu juga andai kita menghiasi jalan sebelum perkahwinan dengan maksiat, kita akan dapat jodoh yang buruk....."

Tiba-tiba, dia mencelah:

"Jap-jap. Saya faham. Saya faham!"

"Apa yang kamu faham?" Saya terkejut, tapi gembira.

Lalu dia menyambung:

"Saya dah faham apa kaitannya kematian dengan soalan saya iaitu macamana kita nak tahu jodoh kita!!!"

Saya tersenyum, sambil debar menanti apakah kesimpulan yang dia akan buat setelah mendengar huraian saya yang panjang lebar tadi.

Lalu, dia teruskan kesimpulan yang dia dapat:

"Kita hanya akan tahu bila kita akan mati adalah pabila kita mati. Saat kita mati, itulah saatnya! Macam tu jugak jodoh. Kita takkan tahu siapa jodoh kita, melainkan lepas kita kahwin. Orang yang kita kahwini, itulah jodoh kita!!!! Betul tak ustaz??"

Saya jawap dengan penuh kegembiraan:

"Tepat sekali! Sebab tu, dari sibuk fikir pasal jodoh, lebih baik fikir apa persediaan kita. Buku sirah dah baca? Buku fiqah dah baca? Buku tarbiah dah baca? Buku pengurusan keluarga dah baca? Itu baru bab ilmu. Bab amal? Solat jemaah jaga? Tahajjud buat? Quran zikir amacam? Ikhtilat jaga tak?"

Lalu, dia tersengeh, dan berkata:

"Hehe....faham ustaz, faham.. sentap sangat tu. Anyway, terima kasih ustaz!!!!"



#cp

Monday, November 17, 2014

TITI HAYUN *___* "Where Nature Embraces Us"


16 November 2014


           New entry for new experience in Kedah. Everyweek experiencing such a new awesome things. This week, here we go, with Mimosians , going hiking on Gunung Jerai. **p kaki gunung jerai je la, bukan p puncak pon. heee . Nama tempat ni, Titi Hayun berlokasi di Yan, Kedah. 

First hiking entrance ~ "Selamat datang ke AIR TERJUN PUTRI MANDI - 3KM" . hat belakang tu yang paling penting [3 KILOMETER]..haaa. nak p tempat menarik kena redah 3 kilometer perjalanan meredah belantara. amboiii . 


           Bertolak dari kulim jam 7.30 pagi bersama leader hiking, Burhan. Another team hiking members are Mala, Kikin, Zaty, Wani, Adib, Asrul, Zul, Gee, Ammar, and Syux. All together 12 members . Sampai di Titi Hayun almost 10.30 am sebab banyak persinggahan. 


         Start perjalanan dengan aman dan jayanya.. Seronok nak p terjah air terjun. "katanya" . Awal2 perjalanan semua bersemangat, gigih, gagah serta cemerlang gemilang terbilang sangat. 
here we go, along de journey ...... tu dia peneman setia "PACAT"





            Setiap kali berhenti, mesti, pasti ....sure pacat ada dimana2. adoiii. tahan ja la ngan perangai masing2. Aku yang geli pacat pun da immune dah .. sebab banyak sangat. tahan . tahan . tahan ...teringat gelagat diorang ni ngan pacat, boley buat entertainment plak tengah2 hutan ni. haha


        Sambil layan pacat sambil tahan penat jugak. First time aku p hiking tak larat camni. Low energy sangat. Terok betol track dye. nak hiking sangat. padan muka aku. Tengah hutan pun boleh picnic jugak. tak tahan exhausted sangat. 

        Jalan dah, nangis dah, drama dah, apa lagi.....selfie time. Selfie along journey . itu WAJIB. heeee


Mimos Kebanggaan kami dihutan rimba...Takleh tinggal. hee

           Taraaaa....after almost 2.30 hours on journey..... Finally . finally . finally . Inilah yang  ditunggu-tunggu sepanjang pejalanan . Sakit, pedih, letih, penat, bimbang, takut, seram, pening, loya ....semua la...HILANG . Indahnya ciptaan Tuhan. 





           Dari kejauhan dah dengar bunyi air terjun. Seronok tak terkata . Sebelum turun berendam ayaq terjun . Sesi bersantai atas batu besaq dulu seround. kasi hilang keringat2 yang ada.. walaupun tak berpeluh langsung. haha. Betapa santainya p hiking. isyh3. 






            Tujuan utamanya adalah hiking. The reward is, Air Terjun Putri Mandi. Naturally superb. Keadaan sekeliling yang terpencil, air terjun yang sejuk dan cantik, rugi rasanya tak nikmati keindahan camni before. huhu





                                       
Ini dia, Burhan . Leader trip kali ni. ermmm


kami2 kesejukan.... Selfie dlu


          Dah penat bemandi manda, perut pon penat jugak berkeroncong. Layan perut bersama sandwich, keropok, scallop and cake. Picnic tengah2 pulau. tak pernah dibuat orang. takpe la. berpicnic style banjir pon boleh. layaannnn



Duta kasi isyarat kata ..... BEST. haha

                 Seperti biasa, every time on trip, foto kenangan diperlukan. a short while we're here is all precious. No turning back. Just have a happy life, enjoy life, enjoy nature.