Tuesday, June 11, 2013

Failure ► Brought Me Towards Precious Experience ♥♥



          Kegagalan tak beerti kita dah kalah kesemuanya . Mungkin sebelum ni, aku asyik dapat apa saja yang aku nak. Everythings going smooth . Sampai lah suatu ketika, time Final Semester, i'd stuck on my project, Final Year Project . sangat frust, tension, sedih . Macam² rasa ada. rasa serba salah pon ada . Tapi nak buat camna, pilihan di tangan sendiri . berbahagia lah tuk extend semester . hehe

          On September 2012, tatkala rakan² seperjuangan da start kerja, aku tekial² nak daftar sem baru . Sem baru la katakan . dapat berita dari kawan², da boley sambung kat tempat LI la, da keje itu ini, waaahhh. jeles pulak rasa hati . Disebabkan kejelesan yang tinggi, maka aku cuba tuk cari pape kerja yang sesuai, sambil cover up my de ONLY project . Kalau tak buat pape, bosan jugak . So dapat la 1 kesempatan, tuk jadi demonstrator/instructor Java 1 or Pengaturcaraan 1 . Time tu tak pikir da, reti ke, berhabuk ke, berkarat ke, malu ke. lantak la. Janji ada keje . why shouldn't i have a try ?


24 September - 17 Disember 2012
 ♫♥♫ Pengaturcaraan I ( Programming I )


Sebelum nak assign lab, kne interview dulu . ermm, boley tahan Dr Shukri, java Lecturer . My partner for conducting lab adalah ngan student master aka senior SE, Arizal . First time datang nak kenal² environment, partner suh ganti 2 2 lab pulak . Dah la fes time, memang naye la sikit . Baru nak mintak tolong tunjuk ajar . Sekali tak dapat datang . Sorang² la jawabnya . 


Makmal Pengaturcaraan 2.

Aku di'assign' tuk jaga lab 2 . Gambar atas ni
adalah gambar sebahagian students SE lab 2 . 
Diorang ni sempoi, senang nak handle. 

Gambar sebelah ni adalah salah satu environment pembelajaran lam lab la . tak perlu skema² sangat . let them do on what they want . Sometimes, dorang memang skema, maybe sbb fes time & fes year lagi kot . But sometimes, aku yang buat dorg skema. hehe




2 Januari - 27 Febuari 2013
♫♥♫ Sistem Komputer & Aplikasi (Computer & Application System)

Dah finish 1 session for SE students, aku bantu bestie aku plak, Zulaikha Zainal as demo gantian tuk handle lab komputer bagi student semester 2 Diploma Fishery . Havoc and happening jugak budak² ni . kanak² ribena la katakan . Kelas pon cam enjoy, dorg pon enjoy, aku pon enjoy² la jugak . takde nak stress sangat . 

Makmal Pengaturcaraan 3, Dip. Fishery Students

First time perkenalkan diri, dah macam² da dorg ni .
Aku suh panggil Che'E, dorang panggil Kak Che'E..
errrmm, ape² la. tak kisah pon, janji ada nama sudah. dari awal sampai la abis kelas, havoc aje setiap masa. Teringat plak aku time² sekolah dulu . Adooii. Layan aje la. Yang penting, seronok . Enjoy the lesson . 


Sepanjang kelas, ni aje la keje. berfotoshoot . nak buat camne . HObi . Dorang pon layan, aku lagi la layan . Zaasssss . huhu . Macam² ragam ade . 

Walaupun just ganti lab sekejap je, sebenarnya itu yang membuatkan aku rindu sangat kat dorang yang havoc ni . 

Nice to Know U guyz





24 Febuari - 26 Mei 2013  
♫♥♫ Pengaturcaraan II ( Programming II )

Again on second semester degree student, aku dapat offer dari Dr Shukri skali lagi tuk sambung conduct lab students Bsc Software Engineering. Alhamdulillah, terima dengan hati yang terbuka . After present FYP on 16 Januari 2013, aku memang da free from any work . So aku ambil peluang ni sekali lagi tuk tingkatkan konfiden level aku instead of, kenal lebih rapat lagi junior² aku ni .

              Dugaan 2nd semester, aku terpaksa conduct 2 lab sekaligus sebab takde sape sanggup nak jadi partner aku handle Programming II . Aku mengharapkan ada yang expert programming join handle lab, malangnya, terkangkang aku seorang diri, sebab Programming II seems more tough from Programming I . Tapi tak pe la, coobaaannn ... still lagi dapat informal helps from my friends out there . Thankz a lot .

Dewan Konvensyen TTI , Bsc . Software Engineering students

Junior, Ina Fazlina
Junior, Fatiha Subri


Second time jumpe for second lab memang awesome . Kitorang dah makin rapat, makin kenal antara satu sama lain . Some sort of happiness, sadness, frustrated moments thus problems, we've shared together . 
At Tapak Jom Heboh, Mas . Teha . Ina

Pada 26 April 2013, aku berpeluang join Dinner Comtech bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu . ewaaahh . bertemakan Rainbow Night . Aku antara senior yang hadir dalam kalangan senior² yang ada . Walaupun ciput je jumlah kitorang, tapi takpe . datang memeriahkan majlis . Support adik² namanya . 

Rakan Se'batch' , Afif . Ika . Aku . Paan
Tak meriah la kalau p dinner tak berfotoshoot . So dikesempatan yang ada, kami² bergambar la setakat yang sempat . Nak buat kenangan la katakan . poyo jer . haha

Dinner Comtech , Joe . Tiey . Zaty . Aku . Dewi



On 14, 15 and 19 Mei 2013, aku diberi kesempatan oleh Dr Shukri tuk menjadi panel bagi pembentangan PITA (projek ilmiah tahun Awal) student² SE . hehe . Selama 3 tahun di UMT, asyik aku aje di'judge', sekali sekale, judge orang lain plak . Antara panel jemputan yang turut membantu aku mengadili proses pembentangan adalah Paan, Ika, Iqbal dan Mat . 

Hari ke-3 sesi pembentangan PIT(Awal) SE .

Latest picture below on 5 Jun 2013 at my house . Ni sume sebab salah faham . Dorang ni nak datang menziarah orang sakit katanya . Dimaklumkan aku accident . padahal accident kecik aje . Tak memasal, dapat surprise . But frankly thought , terharu giler kot . ^_^  . Kini dorg pon da in Final Exam . Lab session pon da tamat . Selesai sudah pengembaraan programming selama 2 semester bersama adik² SE yang happening . Nice to meet n know u ols. 


Setiap apa yang berlaku, tentunya ada hikmah disebalik kejadian . ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya . Daripada kegagalan yang wujud, maka terciptalah setiap perincian peluang baru untuk kita terokai . 

Kepada semua insan yang wujud dan hadir dikala diri ini membutuhkan semangat untuk terus bangun, A very big thankz to all of u . You make my day go better and better . 
♥ LOVE U ALL ♥



Sunday, June 9, 2013

♥ Suka itu CINTA ke? ♥

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
♥►Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

♥►Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya­ kerana kamu tahu ia ada di sana?

♥►Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

♥►Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?

♥►Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?

♥►Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

♥►Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

♥►Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?

♥►Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan takter fahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?

♥♥ITUL­AH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

♥♥Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

♥♥Jika­ demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

♥♥ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

♥♥ITULAH­ CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
♥♥ITUL­AH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalamsehingg­a menusuk?

♥♥Yang demikian itulah namanya CINTA.

Adakah kamu rela berkorban kehilangannya Untuk kebaikannya walaupun kamu tidak boleh hidup tanpanya ♥♥ITULAH CINTA.

Kamu mengalirkan airmata kesyukuran Melihat orang yang kau sayangi gembira Sedangkan dikau berduka..

♥♥ITULAH­ CINTA

Walupun dia bukan milikmu Kamu selalu mendoakan yang terbaik buatnya

♥♥ITULAH CINTA.



Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….ka­u akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….