Friday, January 22, 2016

Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa




           Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar, kerana itu, mereka bertengkar setiap hari. Atas alasan sering bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim dengan yang lain. 

    Akhirnya mereka bercerai dan si suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Si mantan isterinya pun tidak lama kemudian berkahwin lagi. Mereka belum dikurniakan anak, perkahwinan baru keduanya masing-masing berjalan dengan sangat lancar.

     Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumahtangga mereka berakhir sama seperti yang dulu, sedikit sedikit bertengkar.

     Isteri barunya bahkan tidak mahu mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri. Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa dia selalu memilih isteri yang kurang baik, setiap hari ia mengeluh.

     Suatu hari, di sebuah majlis makan malam, secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya. Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa-apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.

       Akhirnya rakan saya tidak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumahtangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.

Dia berkata, "Isteri saya adalah wanita yang sangat hebat, sangat prihatin dan lembut, dia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Dia juga sangat menyayangi saya, dia sentiasa bersikap baik terhadap kedua ibu bapa, saudara dan teman-teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya memerlukan perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali."

       Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu dia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti semua ini cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.

      Tidak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah. Dia bersembunyi dan hanya memerhati, akhirnya dia menyedari pasangan itu benar-benar bahagia.

      Kebahagiaan itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yang selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yang diberikan oleh suaminya itu. 

      Sebenarnya dalam pelbagai situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki., Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya. 

   Walaupun dalam sebuah perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi. Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.

    Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat. Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat. 

Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yang sempurna. 


Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki,

Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki,

Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki,

Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki,

Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki,

Kerosakan wanita adalah HUTANG lelaki......



Wanita seperti sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yang dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.

Umpama itu peribahasa melayu, "bagaimana acuan, begitulah kuihnya."


#cp [Credit to: penulis asal]