Tuesday, September 23, 2014

Tak Nak 'Couple', Sudi Terima Sape Saja .... Tapi......



Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorg suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat:

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Tak ada seorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.
Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.

"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!"
Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"
"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"
Pemuda tu selamba jawab, "buat."
Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"
Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"
Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"
Pemuda itu menjawab. "Tak."
Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"
Pemuda itu selamba menjawab,

" Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.
Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.
Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Pemuda itu sekali lagi senyum.
"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"
dia terus menyambung,

"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia."

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.
Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."
Si suami tersenyum puas..



** amalan 3 ini bukan hanya dikhususkan kpd lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..

##Subhanallah #IslamItuIndah

Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat baik ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun . Kita berbagi doa ke sesama muslim....

#cp

Sunday, September 21, 2014

Best T ~ Sweetie Moments


           Awal pengenalan pada June 2009 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) as a first year student bachelor of Information Technology (Software Engineering). fuuhhhhh. Standard budak2 baru masuk U, tak kenal sesape. So main ice-breaking mane yang terdekat aje . Yang paling dekat dat tyme is Sarah, Aja, Mimi and Izzah. Pape aktiviti, muka 4 orang ni je la yang duk skali. 

           Bila da ukhuwah makin bekembang, last2 tinggal Aku ngan Izzah je. couple berdua. Tak yah nak geng sangatlah. Kawan aje sume. But at least kena la jugak ada yang paling rapat. She is izah or kak jah

~ FIRST YEAR (2009)~

Izah zaman muda. heee

              For the whole sem 1, aku rapat ngan izzah aje. Until the new sem of second semester, ahli grup bertambah. Ika and Fadiah . Tu pon sebab selalu terserempak kat Jalan Biawak. "Jalan Biawak" tu jalan penghubung hostel ngan kampus. lalu jalan belakang. Namanya kasi camtu sebab laluan tu penuh ngan biawak. Seriau tapi nak lalu jugak. sebab redup.  

Izah, Ika and aku

               Gambar bawah ni time 2nd sem. Bekumpul nak p Peladang Resort tuk satu camp anjuran Jabatan Sains Komputer yg dinamakan ITac (xtau la stand for wat, lupe da aih). heeee
We r still in four of us. P makan same2, Study same2, p kuliah same2, lewat same2, awal sama2. Smua sama2. Bes frenz la katekan


at Peladang Resort, kiri: Ika, Fadiah, aku, Izah

            Most of the weekend activities, we spend together. Tu pon klu aku tak balik...maklum umah dekat. heee. Tempat wajib p is Giant Kuala terengganu. haha . Tu je la nk p mengusyar pon, mall takde. tak p Giant, p Pantai... tu je la tempat yang ada kot. 




             First year boley dikatakan semester hanimun. rilek, tak stress sangat. Tuk budak2 luar, taun pertama ni la nk explore Terengganu. kot2 la. haha. Neway, among us, There are me and Izzah from Terengganu . Aku: Kuala Terengganu, Izzah: Hulu Terengganu, Ika: Ampang, Selangor and Fadiah: Tanah Merah, Kelantan.  



~ SECOND YEAR (2010) ~

              Done with the first year student as IT student. Teringat lagi kata-kata poyo my bestie Izah ni tyme first year dulu, "Abis sem 1 ni, nak tukar course la, nak amik course kimia. IT taf la". hahaha, Taf tak taf, abih jugak 1 taun pengajian. bak kate pepatah..Tak kenal maka tak cinta. 


            This is dinner tyme 2nd year. Celebrate 3 year student. First time join dinner U. Tema dinner "masquerade". Tapi cam tak menepati tema je. lantak la, janji boleh makan. Dinner for food, not for the theme. kih3. 


Keayuan terserlah :Izah



~ THIRD YEAR (2012)~

Photoshoot at Jetty Merang- Ika, Izah

             Photo below. aktiviti palin bes semester 5, menunggu giliran pembentangan FYP 1. huhu. On the day nak present proposal, kne la selfie dulu. amik aura present supaya tak gementar. ewaahh. Dalam hati tu tak tau nak habaq ler. Luaran tu kena confident. haha

Paah, aku, Izah

            FYP 1 Alhamdulillah, kami berempat pass. Cemerlang tak cemerlang tu belakang cite, janji lepas. This belo photo, shoot for the last day in UMT after the most last final exam paper. 

After exam

            Bila dah namanya last day, pakat amik gambar la smua orang. Nak balik amik gambar, nak makan, amik gamba, nak jalan, amik gambar. Nak buat kenangan la konon. For those Izah and Fadiah, mungkin nak buat kenangan. But for me, Ika and Fariza., we'd meet for the next sem. huhu.
Second FYP tersekat. Wat the shame. Sambung lagi 1 sem. 

Geng single - Left: Izah, Ika, aku, Fadiah, Fariza



~ YEAR 2013 ~

             Orang lain da keje, kita tetonggek2 lagi kat U. siapkan FYP. :'( This my bestie dat tyme da keje KL. Seronok dengar pengalaman dorang bekerja walaupon tention. Tention kerja tak sama ngan tension siapkan projek FYP. 

             A year after izah grad, i got a good news from her. She got engaged. with her ofismate. Tu diaaa.... Dalam diam, sekejap ja. Aku pon tak kua U lagi..sayangnya kt UMT. Advanced kawan aku ni sorang. 


             Finish my extend sem on januari 2013....my convocation on October 2013.....Finish my work at UMT on December 2013. Year with full commitments for UMT. Done berkhidmat tuk UMT, a new year 2014, bru start nak merantau cari kerja. Sambil merantau, sambil cari kerja, sambil reunion. haaaaaa...


             After almost a year tak jumpa, we'd met again in KL. Small reunion. kua makan ngan bestie and tunangnya. Status da betukar ni, payah sikit nak ajak lepak sesame cam dulu. Seronok dapat unite camni sekali skale. Cuma after last final exam on 2012, Fadiah terus menghilangkan diri. No contact langsung. 

Left: Izah, aku, Ika, Fariza


~ YEAR 2014 ~

               Masing2 ngan haluan masing2. tanggal 29 Ogos 2014, Izzah dah sah bergelar seorang isteri kepada Fatah. huhu..Congrates babe. Tahniah from my deepest heart. hepi for u lah. You r the first among us. :)


Amik aura pengantin ckit


Izah with her siblings

Izah n her husband, Fatah

couple wedding pose

single wedding pose

            Dah namanya bestie punya perkahwinan, harus dan kewajipan lah tuk amik gambar. Amik berkat katakan. :').....






sekian

Thursday, September 4, 2014

JADI ISTERI SEBENARNYA TIDAK PENAT JIKA....


JADI ISTERI SEBENARNYA TIDAK PENAT JIKA.... 



Dari tinta seorang penulis.. Senyum & simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama2 bekerja. Namun kerja rumah dia yg buat dari memasak, membasuh, menyediakan makan pakai, mengurus anak2. Suami tolong sikit2 sahaja. Akhirnya dia jadi penat dan letih. Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa tinggi2kan suara pada suami...letih..penat..tension...

Suami kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar. 

Isteri kena faham agama & faham apa yg Nabi ajar. 

Bukan ikut budaya Melayu.. isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relax. Atau isteri buat banyak sgt kerja, suami tolong sikit2...Allah hu Akbar! Lepas tu masam muka pada suami yg hakikatnya Nabi dah cakap org yg masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dgn suaminya kembali...

Sebab tu perempuan yg baik ialah perempuan yg bila suaminya memandang dia, suami dia akan rasa senang & bahagia. Tapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban kerja rumah & urus anak tak pernah habis...

Wajib bagi wanita ..
bercantik2 untuk suami,
menyayanginya sepenuh hati,
berlemah lembut padanya,
tidak meninggikan suara, 
setia & taat selagi tidak melanggar perintah Allah,
berkata baik padanya. 
sentiasa syukur
sentiasa bermanis muka. 

Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati, tapi muka amat susah nak manis dgn suami, tengking2 suami, ada pula mood2 hari ni nak bercakap, esok nak diam....ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis2....

JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR.

Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangga TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya...
Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja.

"Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku.."

Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
😎suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn,
😎siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, 
😎siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami, 

Habis isteri? 
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis. 
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.

Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami. 

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga? 

Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt"

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya."
Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.