Saturday, October 22, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

                                           If you really love her, you won’t touch her.
                                                   Not even the slightest bit.
                                 You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
                                     Just hold her in your heart for a few more years ..
                                               then you can do it the halal way





Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.
(HR. Al-Hakim)

Tuesday, October 4, 2011

Rindu nak Menulis!!

            11hb September 2011, kuliah bermula...haih..bermula lah kehidupan aku sebagai seorang pelajar software engineering tahun akhir....Tahun last kot...rase cam sekejep je mase berlalu...da dapat junior baru...da ditinggalkan senior lama...Macam-macam dugaan aku tempuh sepanjang cuti sem berbulan-bulan tu..Aku kerja 3 bulan kat Butik Peace.....syok giler walaupun penat....Sepanjang tempoh kerja tu, semua kerja-kerja peribadi aku, aku tolak tepi...sampaikan famili aku pon jarang jumpe...terok betol la...
         Minggu pertama kuliah, aku rasa hepi....hepi dan hepi...tak tahu kenape....mungkin sebab takde kerja lagi kot.....Minggu kedua, stress sikit, sebab lecturer da mula kasi tugas da...Begitu juga tajuk PITA....perghhh....kagum kot aku ngan tajuk PITA aku sendiri...."Online Duplicate Code Detector to Prevent Plagiarism Among Students."...haaaa tu dia...ni la tajuk projek tahun akhir aku...pening-pening...
            Hari-hari duk mengadap artikel cari isu on topik aku ni la...tapi cam hampeh je sume...tak faham pon..nak cari artikel tuk subjek lain lagi...da rase cam lecturer mark assignment students plak da...Abih- abih pening, aku makan...abih-abih makan, aku tido...tido, makan..tido..makan...keje lain cam xbuat pon...suke tangguh kerja la Bahirah Sulong ni..pe nak buat..tabiat...


            Sekembalinya aku menulis semula diruangan blog ni, bukan nak mengungkit pengorbanan aku tuk sem ni...tapi sebenarnya nak share somting....kata-kata la kot...mungkin boleh dijadikan somting new tuk aku....mane tau...asyik fikir kerja je...kecian orang2 tersayang aku...sume cam aku buat xkisah je...dorang terasa ke r?? Mohon maaf la pada semua yang pernah terasa hati sama saya...Mintak maaf..kalau selama ni, aku xtegor diorang, xsempat tegor diorang....aku stress sebenarnya..tapi yakinlah...waaaahhhh...hehehe...aku sayang korang sume....
             Dedikasi ini aku pinjamkan dari someone kepada someone...link hasil daripada cosmate aku Nad Mumtazah....Thankz...

Itulah Sayang...
Walau bibir tidak pernah terfikir untuk menyatakan sayang..
Namun bila hati senantiasa terfikir;
itulah sebenarnya sayang...
Bila kepentingan orang lain;
diletakkan melebihi kepentingan sendiri..
Itulah sebenarnya, kasih sejati...

Usah pilih orang yang kita sayang,
tapi pilihlah orang yang sayangkan kita..
Ucapan yang ringan di bibir,
tapi beratnya hati untuk melaksana..
Namun belajarlah untuk memberi,
tapi bukannya suka meminta..
Jika sudah tidak mampu untuk bertahan;
jangan diturut kata jiwa..
Tapi teruslah bersabar dan berharap dengan setia....

Jika dia jodohnya..
Pasti satu hari pintu hatinya akan terbuka..
Maka bersabarlah di atas segala..
Usah dilupa pada Sang Pencipta..
Kerana hanya Dia Yang Maha Sempurna...

Bukannya takut untuk meluahkan rasa hati..
Cuma tidak mahu kehilangan yang dimiliki kini..
Yakin dengan ketentuan Ilahi..
Kerana tersembunyi hikmah atas segala yang terjadi...



Thankz buat famili, kawan-kawan aku yang memahami aku selama ni...Memang kenyataan aku susah sikit nak expresskn perasaan aku kat orang lain...tapi percaya la...aku sayang korang sume...so paham-paham la yer...bukan sombong, tapi hati kering...hehehhe