Saturday, November 5, 2011

Keajaiban Selepas Menangis


Siapa kata menangis tidak ada faedahnya? menangis terlalu lama boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi , menangis dan mengeluarkan air mata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apakah keajaiban itu?

Dipetik dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang anda perolehi setelah menangis dan berair mata:

1. Membantu penglihatan
Air mata terbukti membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat eye drop tu, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pemegang tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Memulihkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam mengembalikan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan berjaya mengkaji bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosi dikatakan mengandungi racun. Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress
Macam mana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata dikatakan mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang mengeratkan silaturahim antara kawan-kawan. Biasanya seseorang yang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan seterusnya meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Me’rileks’kan perasaan/diri
Semua orang pernah mengalamai perasaan selepas menangis. Walaupun anda didera pelbagai masalah dan rintangan, namun selepas menangis pasti akan me’rileks’kan perasaan dan diri. Selepas menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran anda dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya tanpa halangan.

Jadi, apa salahnya kalau kita menangis sekali sekala kan ^_^

Saturday, October 22, 2011

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

                                           If you really love her, you won’t touch her.
                                                   Not even the slightest bit.
                                 You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
                                     Just hold her in your heart for a few more years ..
                                               then you can do it the halal way





Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.
(HR. Al-Hakim)

Tuesday, October 4, 2011

Rindu nak Menulis!!

            11hb September 2011, kuliah bermula...haih..bermula lah kehidupan aku sebagai seorang pelajar software engineering tahun akhir....Tahun last kot...rase cam sekejep je mase berlalu...da dapat junior baru...da ditinggalkan senior lama...Macam-macam dugaan aku tempuh sepanjang cuti sem berbulan-bulan tu..Aku kerja 3 bulan kat Butik Peace.....syok giler walaupun penat....Sepanjang tempoh kerja tu, semua kerja-kerja peribadi aku, aku tolak tepi...sampaikan famili aku pon jarang jumpe...terok betol la...
         Minggu pertama kuliah, aku rasa hepi....hepi dan hepi...tak tahu kenape....mungkin sebab takde kerja lagi kot.....Minggu kedua, stress sikit, sebab lecturer da mula kasi tugas da...Begitu juga tajuk PITA....perghhh....kagum kot aku ngan tajuk PITA aku sendiri...."Online Duplicate Code Detector to Prevent Plagiarism Among Students."...haaaa tu dia...ni la tajuk projek tahun akhir aku...pening-pening...
            Hari-hari duk mengadap artikel cari isu on topik aku ni la...tapi cam hampeh je sume...tak faham pon..nak cari artikel tuk subjek lain lagi...da rase cam lecturer mark assignment students plak da...Abih- abih pening, aku makan...abih-abih makan, aku tido...tido, makan..tido..makan...keje lain cam xbuat pon...suke tangguh kerja la Bahirah Sulong ni..pe nak buat..tabiat...


            Sekembalinya aku menulis semula diruangan blog ni, bukan nak mengungkit pengorbanan aku tuk sem ni...tapi sebenarnya nak share somting....kata-kata la kot...mungkin boleh dijadikan somting new tuk aku....mane tau...asyik fikir kerja je...kecian orang2 tersayang aku...sume cam aku buat xkisah je...dorang terasa ke r?? Mohon maaf la pada semua yang pernah terasa hati sama saya...Mintak maaf..kalau selama ni, aku xtegor diorang, xsempat tegor diorang....aku stress sebenarnya..tapi yakinlah...waaaahhhh...hehehe...aku sayang korang sume....
             Dedikasi ini aku pinjamkan dari someone kepada someone...link hasil daripada cosmate aku Nad Mumtazah....Thankz...

Itulah Sayang...
Walau bibir tidak pernah terfikir untuk menyatakan sayang..
Namun bila hati senantiasa terfikir;
itulah sebenarnya sayang...
Bila kepentingan orang lain;
diletakkan melebihi kepentingan sendiri..
Itulah sebenarnya, kasih sejati...

Usah pilih orang yang kita sayang,
tapi pilihlah orang yang sayangkan kita..
Ucapan yang ringan di bibir,
tapi beratnya hati untuk melaksana..
Namun belajarlah untuk memberi,
tapi bukannya suka meminta..
Jika sudah tidak mampu untuk bertahan;
jangan diturut kata jiwa..
Tapi teruslah bersabar dan berharap dengan setia....

Jika dia jodohnya..
Pasti satu hari pintu hatinya akan terbuka..
Maka bersabarlah di atas segala..
Usah dilupa pada Sang Pencipta..
Kerana hanya Dia Yang Maha Sempurna...

Bukannya takut untuk meluahkan rasa hati..
Cuma tidak mahu kehilangan yang dimiliki kini..
Yakin dengan ketentuan Ilahi..
Kerana tersembunyi hikmah atas segala yang terjadi...



Thankz buat famili, kawan-kawan aku yang memahami aku selama ni...Memang kenyataan aku susah sikit nak expresskn perasaan aku kat orang lain...tapi percaya la...aku sayang korang sume...so paham-paham la yer...bukan sombong, tapi hati kering...hehehhe



           

Saturday, June 18, 2011

Tyme xDe Keje, CamNi La........

          
        Bangganya aku rasa arini bila bangun dari tido sume orang da xde...bukan bangun lewat...tapi xbrape nak awal je...hahahhaha...ade yang p Perak, ade yang p keje...ak gak la duk umah sengsorang...nak buat rajin la konon, tapi xtau nak buat ape...pusing kiri...pusing kanan...tengok atas..tengok bawah....arrrrrggghhhhh....bosan tahap gaban dowh....

        After brekfes....hehehehhhe....pukul 10.30 pagi, kuar la aku sengsorang....sengsorang lagi...nak p mane pon aku xtau...last-last sampai la kat bandor....aku parking kete kat parking lot paya bunga...then jalan2 atas stesen bas...tengok-tengok baju..tengok2 orang...turun dan teruskan perjalanan ke...mane ntah...belah2 Era Nona tu la....kedai tu jugak aku ingat..hahaha..singgah kejap kt bangunan ape ntah..bising2 je..ak masuk la...dalamnye ade mende ni rupenye: 



             Jalan2 lagi, then aku p Dataran Shahbandar...tgk show..band show sempena "Ride it Right" anjuran Pennzoil...kat sini la aku rase cam bes sikit...tengok orang main band...tengok orang bawak motor...siap ambil gambo lagi ha..hahhahah


   
                                       
bergambar besama grup band Sekolah Elit Lembah Bidong

              After penat tepuk2 tangan, aku jalan2 ke pasar payang lak....pusing satu pasar, then turun menuju ke Terengganu WaterFront...macam2 orang aku jumpe..yang banyak couple la...pusing kanan, kiri, belakang...sume couple..aku pe lagi, da la sorang diri...buat2 cam pelancong la konon...hahahha..amik gambor sane sini...adoooiii




              Da penat bejalan sepanjang waterfront tu, aku pusing lagi kat Hotel Seri Malaysia ke Pizza then berjalan lagi kat Arena, masuk kedai kasut You, then pusing balik kat MBKT tu ha.,...huh..lenguh giler..then p car parking paya bunga dan BALIK....cam bongek je...jalan2 orang single camni la....hahahaha....

          Pape pon yang berlaku ari ni..walaupun penat, bosan, tapi aku rasa nikmat sebab aku rase sangat2 free tyme nih...don noe y...tp syok....harap boleh jalan2 lagi macam ni lain kali...tapi kat mne erk???

Sunday, April 10, 2011

Joke AnyOne??

Money is not everything,
There's Mastercard and Visa

If your father is a poor man, 
It is your fate, but
If your father-in-law is a poor man,
It's your stupidity

Practice make perfect...
but nobody perfect...
so, why practice??

if it's true that we are here to help others,
then what exactly are the others here for??

Since light travels faster than sound,
people appear bright until you hear them speak..

How come "abbreviated" is such a long word?

never put off the work till tomorrow
that you can put off today

Your future depends on your dreams
So, go to sleep..

There should be a better way to start a day
then waking up every morning

The more you learn the more you know,
The more you know, the more you forget,
the more you forget the less you know
So...why learn??

a bus station is where a bus stops.
a train station is where a train stops,
on my desk, i have a work station..
what more can i say...??

marriage is an institution where
the man loses his BACHELOR degree
and the woman gets her MASTER.
After years of marriage,
they both become PhD (Problem Holder Degree)

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
the person who created the alphabets was so genius,
but he makes mistake by keeping U and I so far apart

God is too wise that he created
friends without price tags.
because if He did
some of us wouldn't be able to
afford to buy our valuable friends...

Wednesday, February 2, 2011

Nak Sangat ke??

            1st of February, 1/2/2011....Ape je ade ri tu...Mood cam bosan-bosan sikit...tak de pape pom nak buat...Bangun tidur, terus buat report awal system...Sebab keesokan ari nye nak kena hantar..cam biasa la aku ni, esok nak hantar, ari ni baru nak buat...sambil buat report, sambil online...sambil online, sambil layan...bile nak siap report pon aku tak tau la...tak sure...cam biasa lagi, bila da melayan online FB, keje pon tertangguh la...nak p makan la, nak kuar jenjalan la...Tup2, ikut adik aku p makan kat McD...Lame la jugak...sampai petang...
      Malam harinya baru aku sambung balik buat report. Tapi online tetap online la...hahaaha..Mama ngan Kak Long duk sibuk cari tanah untuk dijual, banglo untuk dijual...katenye abah nak beli...semangat betol la...Aku pun kalau tak de keje mesti aku cari gak...hahahha...otai je..
           Best pulak aku tengok dorang duk isi mase lapang...Tapi ape nak buat, aku ade 1 report lagi tak siap...sedang mencari ilham tuk teruskan...Aku punya sistem ni cam senang, tapi bila dah mula nak taip, cam keliru lak da...Tau sistem ape??? E-Munakahat atau Sistem Pengurusan Pernikahan...waaaaahhhhh....nak mintak tolong sape lagi kan tuk terangkan proses ni....Mama je la yang ade pengalaman lam umah ni...
          Konon nak mintak tolong, baru je tanye:

Aku       : "Ma,camne mula-mula nak mohon kahwin r??"
Mama    : " cari la calon dulu baru boleh mohon..kalau xdop calon nak kawin camne??"
Aku       : " ha?"
Mama    : " ye la, mama tengok kak ngah duk umah je, dop kuo g  jalan-jalan ngan sape-sape pom."
Aku       : "????"..lam hati (aku salah tanya ke?? ke mama salah paham??)

         Haiyaa...pe lagi nak dikata?? Aku nak tanye mende len sebenornye..hurmmmm...maknenye aku kena google sendiri la ni...Pe da...sentap aku kejap..perut tengah lapar pom, da jadi kenyang tetiba...Sumpah tak tanye da lepas ni...
          Sedikit pelik sebab tanye nye cam serius giler...heartbeat aku running & jumping da...asal tetiba mama tanye cam 2?? Nak Sangat ke?? Nak Sangat Ke aku kuar jenjalan...?? Nak Sangat Ke aku ade pakwe?? Nak Sangat Ke aku kawin....??Mungkin aku tak macam yang lain kot...Aku hati kering kot...nanti-nanti la..kalau ade jodoh ade la...tapi aku hanya mampu tulis je...nak cakap depan-depan, tak terkeluar...Naya hidup!!!!
A

Friday, January 21, 2011

:: Inikah Namanya CINTA ::

            Kenapa aku nak buat cerita2 cam ni?? hurm..kenapa?? kenapa?? saje je nak buat..release tension...For today, aku nak share something about fancy and love...Cam jiwang je dengar kn? tapi tak de la sangat...tuk pengetahuan je..
tak seperti yang kamu jangkakan:
      Psychologist telah membuktikan antara 90 saat hingga 4 minit adalah masa purata bagi korang2 tuk decide if u fancy someone..hurm..
: 55% dari body language
: 38% dari tone dan speed suara
: hanya 7% melalui apa yang mereka kata..



3 STAGE OF LOVE

Stage 1: Nafsu (lust)
Ini adalah stage pertama dalam mengenali cinta dimana ia melibatkan 2 hormon sex iaitu testosterone(lelaki) dan oestrogen(wanita). Stage ni la kalau nak dikatakan "tengok suka-suka je"...rambut dia smart la, badan tough la, mancungnye hidung dia, besarnya mata dia dan macam-macam lagi la..
Time tuk menentukan kesetiaan dan kebenaran cinta pada tahap ni adalah untuk beberapa hari saja...nampak sangat la, suka hangat-hangat tahi ayam je...esok jumpe yang lain, minat yang lain pulak...

Stage 2: Tarikan (attraction)
da suka-suka, tup-tup minat pulak da...Stage yang kedua ni melibatkan tindakan neurotransmitter utama iaitu adrenaline, dopamine dan seratonin..

Ala-ala lagu faizal tahir gitu...hahahha....
In time hati da terpikat tu, tak kira la pandang pertama ke, pandang kedua ke, tak sempat pandang ke, pandang sebelah mata ke, yang pasti tindakan stress pada badan kita akan diaktifkan lalu meningkatkan level adrenaline dan cortisol dalam darah...
Kesannya mula lah kita start berpeluh, jantung dup dap dup dap, suara tak keluar, mata berpinar-pinar dan apa-apa yang tak sepatutnya berlaku la...

Neurotransmitter dopamine ni kerjanya tuk stimulate keinginan dan penghargaan..bak kata orang putih "desire and reward'...nak nombor telefon la, buat-buat terserempak jumpa la, cek jadual harian la...macam-macam boleh buat, janji boleh jumpe...kalau minat dari jauh tu, janji boleh tau perkembangan...tak sikit, banyak pon tak apa...
Kesannya boleh membuatkan most couples increased in energy, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah...semua benda nak relate dengan someone loved....parah betol la...

Hormon ni membantu otak kita untuk jadi lebih tak menentu...hahhaa...macam dopamine la jugak..tapi chemical ni lagi bahaya...that's why la bila kita jatuh cinta je, our new lover mesti selalu popping dalam mimpi atau kat monitor fikiran la...

Stage kedua ni adalah stage yang paling penting dalam proses soul deciding...Kajian mendapati, most couple yang madly in love kurang daripada 6 bulan akan mengalami satu jenis penyakit yang dinamakan Obsessive-Compulsive Disorder...perghhhh...
Time ini adalah time yang dinamakan 'Cinta Buta'...Semua benda elok tuh..




Ketiga-tiga hormon ni sebenarnya bekerjasama tuk memastikan gelora cinta tu tetap hadir...
Tapi ingat, hormon ni pon bosan gak kalau asyik buat kerja sama jerk...kurang-kurang nak la tukar profession sikit...tukar syif...bila hormon-hormon ni da reduce functionaliti terhadap badan manusia, cinta sometimes boleh pudar...
INGAT!!!! jangan bercinta lama-lama...nanti hormon dopamine mostly akan stop function...


Stage 3: Ikatan (attachment)
Bila da sure cinta kita pada someone tu..tak elok la kalau dibiarkan lama-lama.Stage ikatan ni akan melibatkan 2 lagi hormon dalam badan manusia: oxytocin dan vasopressin

Ini adalah hormone yang paling power sekali dalam mengurusan ikatan cinta...Lagi dalam cinta, lagi banyak la hormon ni akan dirembeskan...Mostly hormon ni akan dirembeskan selepas kita kahwin...

                                

Hormon ni pon akan dirembeskan selepas kahwin...mostly after having 'projek malam pertama'...hormon ni penting untuk long-term commitment...Pada stage ni, couple biasanya berada dalam lingkungan kebergantungan...maknanya diperingkat ketiga ni, hormon yang terlibat dalan stage kedua akan slow activated...keseronokan dan keghairahan tu akan semakin kurang...that's why vasopressin akan segera adapt dengan situasi seseorang tuk kekalkan hubungan seperti sebelumnya...

                                           













Wednesday, January 12, 2011

Azam 2011:::Mencari Yang Bernama AZAM:::

            1 Januari 2011, bermula la taun baru yang penuh bermakna..waaahhh..1st day taun baru bermula, tokki ade kt umah xtually...kena jaga...sbb turn ank lelaki sulong dye la plak yang jage kan...so aku pon kena join treat skali la..x baik..orang tua kena dilayan..hehehhe...neway walaupon macam2 ragam tokki aku ni, tapi nak buat cammana...orang tua nak kite treat dia cam budak2 kot..pengalaman lama..hehe
            Minggu 1st aku sepatutnya stay kat hostel...tapi aku ulang-alik dari rumah ke kampus tiap2 ari sebab konon nak jaga atok aku la...sebab die asyik panggil nama aku jer...tak sampai hati nak tinggalkan cam tu je..lagipun kuliah tak de sangat pon..kelas asyik cancel je...baik aku duk kat umah...
            2nd week da mula kuliah da...tapi aku p hostel hari isnin sebab ari ahad nak tengok AJL...bes giler lagu dorang arrange...tapi yang tang final tu yang tak bes...cam xpercaye jerk pemenang itu adalah pemenangnya..hahha...gasak la...bukan boleh duit pon kalau protes...life kat hostel bes...1st time duk kat hostel cam ala2 apartment g 2...dahsyat r...selesa sangat2...dapat rumet baru...Kak Balqis (std kaunseling) & Tieqa (std bioD)..best sangat dorg..hahaha...

            Bila da stay kat hostel, kuliah pon da mula, so bermula la kehidupan aku tuk sem 4 ni...da tua rupenya aku..da senior da pon..haih, tp still blur ngan ape aku blaja slame ni ?? haiya...kuliah mula aje..trus ade assignments...banyak lak tuh...biasa la kan..klu tak ade kerja, x student namanya...tapi cam biasa la aku ni, klau x dekat ngan due date, selagi tu la aku tak buat...pesen ape nih...sape yang ajar pon tak tau la...genetik ke??hurm....
            Konon2 nk berazam baru la sem ni..taun ni...tp awal2 kuliah da ponteng kot...bagus tak saya....bagus kan?? agaknye bila la azam aku ni nak tercapai dek akal...semua yang aku buat, tak jadi..mind set tak kuat la...sebab tu aku rase lebih baik cari azam yang baru kan....cari yang bernama AZAM...agak2 boleh tercapai tak??baru hidup ade thrill sikit...hurm...

Hidup Tak Selalunya ____________!!!!