Thursday, April 14, 2016

Lawak Kata lawan


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Wednesday, April 6, 2016

Rahsia Lelaki Yang Dianggap Remeh


Perempuan VS Isteri .... Lelaki VS Suami.

Wahai perempuan, aku di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. 
Wahai Isteri, aku di sini sebagai suami ingin bagi tahu. 
Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang seksi? 
Tapi tahukah isteri, suami sukakan perempuan yang menutup auratnya. Dan dia lebih menghargainya begitu?

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------


Wahai perempuan, tahukah kalian yang lelaki sangat suka bila kalian manja-manja dengan dia? 
Tapi wahai isteri, tahukah kamu yang suami-suami kamu sangat manja sebenarnya. Dan mereka sebenarnya sangat suka dimanja-manjakan. Apabila ditanya “Hai abang... kenapa muyuk2 niey...?” “Hai abang...puyut abang cam niey pun nampak tomeyy laaa..” Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan, mahu tak kalau aku bukakan satu rahsia mengenai lelaki? Lelaki ini sebenarnya sangat lemah dengan air mata kalian. 
Tetapi isteri-isteri semua, jangan takut untuk menangis kerana air mata kalian bagi suami-suamimu adalah kekuatan buat mereka. Kerana airmata kamulah suami bisa bangkit berjuang kembali disaat mereka rebah jatuh kecewa.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan, tahukah kamu yang lelaki takut pada perempuan yang gemuk? Walaupun pada hakikatnya yang mereka juga bulat macam buah nangka masak? 
Dan wahai isteri, kalian sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk badan sangat kerana suami suka memeluk anda, kerana anda wangi dan mereka suka mencium kamu, kerana rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak kusut masai dan mengerbang-gerbang) Jadi jagalah kebersihan diri dan selalulah mandi. Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah wangi semanjang, kadang tu kitorang pun hapak juga. Hahahaha...

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Tahu tak perempuan yang lelaki suka kalian pakai jarang-jarang, dan singkat-singkat. Mereka suka tengok, kalau dapat mereka gatal nak pegang. Tapi percayalah, yang mereka tidak akan sekali-kali menjadikan anda pilihan no satu untuk dijadikan isteri. 
Wahai isteri, tahu tak kamu semua aper kenyataan yang sebenarnya apabila suami anda memberi komenter pada pakaian anda..? Contoh: Hisk...!!! Pegi salin laa baju lain. (sebab seksi sangat).” Sebenarnya mereka suka sangat tu, tapi mereka nih spesis yang tak leh berkongsi apa pun dengan orang lain. Sebenarnya mereka tidak mahu orang lain lihat yang isterinya sangat menarik. Jadi pandai-pandailah kalian menyakinkan mereka yang permandangan yang sangat indah itu hanya untuk mereka sahaja, pasti suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai mamak.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan, kamu nak tahu tak bila kalian berkata “aku tak nak kacau dialah, aku nak bagi ruang pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu meletakkan hubungan kamu dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka perempaun yang merengek-rengek dengan dia. 
Berbeza pula dengan suami, jangan sekali-kali isteri merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami sedang melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan yang penting. Contoh sewaktu tayangan lansung liga juara-juara eropah...? Hahahahhaa.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan. Tahu tidak sifat pak turut kalian hanya merendahkan nilai kalian disisi lelaki? Namun bagi seorang isteri pula sifat itu sangatlah penting. Itu melambangkan bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi bukan bermakna kamu akan membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi penilaian dalam membuat keputusan.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Satu lagi wahai perempuan dan isteri. Ini rasa dek aku sama jer, baik sebelum kamu menjadi isterinya atau sesudah menjadi isteri mereka. Janganlah kalian memakai mekap yang tebal-tebal, sampai nampak berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh meleleh-leleh macam air susu... Yarkkkk!!!! Tak sanggup laaa aku. Cukup la badan tak bau busuk, bibir tidak  nampak lebam dan pucat. Kalau tidak jangan salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan jangan mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang jalan tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak mahu ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang dah macam opera cina.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Wahai perempuan semua, andai kata adik korang datang menyibuk sewaktu teman lelaki korang datang bertandang kerumah dan minum petang disana. Jangan sekali-kali korang menengking adik korang depan dia. Sebab itu akan membuatkan mereka berhenti untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan kalian. 
Dan wahai isteri-isteri yang cantik akhlak semua. Jangan kamu memarahi anak-anak kamu dengan suara yang nyaring dan gertakan-gertakan yang menakutkan. Kerana suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini sebenarnya. Walaupun pada pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil pusing. Tapi sebenarnya mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah kalian itu bukan ibu-ibu kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan penampar dari pagi-pagi buta lagi dah.

-----------------------------||| ---------------------- ||| ---------------------- ||| ----------------------------------

Satu perkara yang selalu diabaikan oleh perempuan bila mereka bergelar isteri. Suami kamu sebenarnya suka kalau kamu nakal dengan mereka. (bagaimana? Laaa lu pikir la sendiri) Hahahaha.... Tau kenaper ? Sebab lelaki nih, sama ada dia lelaki, suami atau ayah. Mereka tetap nakal sampai bila-bila. Jadi imbangilah kenakalan mereka. Dan dalam hati mereka pula, mereka, lelaki ini sangat lambat tuanya. Forever young. Hehhehee.....



#cp

Saturday, February 20, 2016

Pelet Cafe ~~ Puncak Mutiara Cafe ~~


19 Febuari 2016

              Start tahun baru ni, dah jarang dah beraktiviti bersama mimosian... bukan start tahun baru, tapi sejak start kontrak baru lagi dah.. almost a year.... But tonight, we gathered again....Gather outdoor mmg da out dah la..so kita gather indoor jee.. G MAKAN !!!. hahahaha

            Okay kali ni nye gathering is in Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet, Bukit Mertajam. haaaa u c... aku ni dah la pantang bab2 makan ni..asal ade makan je kompem nakkk... 

             Ni haaaa signboard restoren ni... Dari awal masuk cam pelik je, sebab kawasan kampung ni memang kompem kampung yang kampung la.. Siap sesat lagi aku nye ponggg... tak jumpe lorong... Padahal signboard Kampung Pelet dah besor tepampang dah. hahahah



                 Once sampai depan restoren ni... fuyoooooo... tak disangka2, kawasan kampung dengan jalan yang sempit, tak rata dan belubang...tetibe ada mende alah ni... Kawasan restoren yang osem, parking yang luas ...siap ade parking guard lagi.. Ko Ado?? ermmmm...

pemandangan entrance mutiara cafe ni...
          Bukan saja parking luas, restoren yang unik...tapi once masuk entrance restoren ni...tudiaaaaa.... lawa... jungle + village... osem sangat la haiii... da masuk nak p cari port makan, sekali lagi tediaaaaaaaaaaaaa.... besar baq ang kawasan dye.. boley semput klu ajak orang tua datang makan kt sini (tu klu nak makan blah belakang la, tempat dekat ade je boh) **sje wat ayat bes. hahahahhaha. 

           Okay sebab tempat ni terlalu osem, so far ni la yang osem kot. hahahha. So aku share skit la detail about restoren ni.. Kot2 la ade yang nak pegi ke.. bleh la buat reservation sekarang sebelom penoh. haaaa tak kire la tuk g dinner ke, tuk candle light dinner ke, tuk event farewell ke, event besday ke..sume boley laaa.

Nak lagi detail ni haaaa... Klik sini



           Dah setel memuji bagai restoren ni, perot pon da lapo... Its time to order la.. rugi la klu datang tak makan.. kot la kenyang tengok kawasan sekeliling.. hahaha. Oh yer sebelom terlupa, antara member yang pegi event makan2 ni adalah: Aku, Burhan, Zul, Afif, Arif, Ucop, Mustika (bini ucop) & Aisyah (anak ucop). hikhikhik...

ni la menu yang aku order... hehe.. sup jee... lain2 tak mampu. 

            At last kami pilih tempat makan yang paling hujung skali.. haaa..berdekatan dengan farm.. Tapi tak sure la farm ape, sebab keadaan da gelap. maklumlah dah malam.. Tuk pengetahuan, restoren ni pon ada farm facilities ..Antaranya :goat farm, chicken farm, rabbit farm, ostrich farm, fish pond, juice farm, lime farm... && macam2 farm lagi laa.. just based on website je... Aku sendiri pon tak pernah pegi.. hahaha

            Lets eat..makan makan makan...sampai kenyang... pastu tak ingat nak update gamba sebelum dan selepas.. ok baiiii.. Maka, here are some photo to be shared..tapi semua yang dah lepas makan. hahaha.. Nampak kitorg kebulur nak makan..


peace!!







          Ok done makan2... after makan, kitorg balik seperti biase.. Dah takde lagho2 cam dulu dah.. just straight to the aim... Janji dapat makan kambing. hahaha. ok baiii...


Friday, January 22, 2016

Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa




           Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar, kerana itu, mereka bertengkar setiap hari. Atas alasan sering bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim dengan yang lain. 

    Akhirnya mereka bercerai dan si suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Si mantan isterinya pun tidak lama kemudian berkahwin lagi. Mereka belum dikurniakan anak, perkahwinan baru keduanya masing-masing berjalan dengan sangat lancar.

     Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumahtangga mereka berakhir sama seperti yang dulu, sedikit sedikit bertengkar.

     Isteri barunya bahkan tidak mahu mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri. Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa dia selalu memilih isteri yang kurang baik, setiap hari ia mengeluh.

     Suatu hari, di sebuah majlis makan malam, secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya. Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa-apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.

       Akhirnya rakan saya tidak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumahtangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.

Dia berkata, "Isteri saya adalah wanita yang sangat hebat, sangat prihatin dan lembut, dia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Dia juga sangat menyayangi saya, dia sentiasa bersikap baik terhadap kedua ibu bapa, saudara dan teman-teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya memerlukan perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali."

       Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu dia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti semua ini cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.

      Tidak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah. Dia bersembunyi dan hanya memerhati, akhirnya dia menyedari pasangan itu benar-benar bahagia.

      Kebahagiaan itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yang selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yang diberikan oleh suaminya itu. 

      Sebenarnya dalam pelbagai situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki., Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya. 

   Walaupun dalam sebuah perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi. Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.

    Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat. Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat. 

Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yang sempurna. 


Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki,

Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki,

Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki,

Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki,

Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki,

Kerosakan wanita adalah HUTANG lelaki......



Wanita seperti sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yang dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.

Umpama itu peribahasa melayu, "bagaimana acuan, begitulah kuihnya."


#cp [Credit to: penulis asal]