Tuesday, July 16, 2013

♥ Dekat Dimata .... Dekat lagi Dihati ♥

Salam bahagia didoakan tuk semua serta Salam Ramadhan al-Mubarak buat saudara Islam sekalian. ari ni 7 ramadhan bersamaan 7 dari da berpuasa . sungguh happy rasanya menyambut ramadhan . harap ramadhan kali ni penuh dengan barakah .


Entry kali ni bukan pasal puasa pon senanye . Tapi pasal moment² bahagia adik² lepasan STM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, Diploma dapat masuk universiti . katernyeee.... ada yang hepi dapat offer U & course yang diorang minat. Ade yang spoiled, xsuke ngan course yang dia dapat, U plak jauh . Ade jugak yang blur, xtau suke ke tak . ermmm. cane tu ? Instead of dat, adik aku pon leh tawaran U jugak. UITM in course of Chemical & Bioprocess Engineering . Papepon aku tumpang gembira tuk semua . 

Kepada yang telah bergelar senior, seronok giler depa kan? heran aku . seronok sebab dapat junior katenye . ade jugak camtu. Seronok dapat junior course, seronok dapat junior U . waaahh . Dulu aku pon seronok jugak senanye, tp da lelame, cam biasa je la . malah mengalu-alukan adik² ke U . ewaaaahhh . hik ^_^


♥ Dramatic MOment in UMT

Dalam duk berhepi-hepian dapat junior, tau² jiran aku pon dapat tawaran kat UMT jugak . Course of Accounting . again, again & again . Abis 1 deret kejiranan nak sambung study kat UMT . apatah lagi yang dapat keje kat UMT , pon 1 line kejiranan jugak . Sungguh syahdu . Tu la org kate, nama aje jiran, tapi batang hidung pon xpenah nampak . alih² dapat study 1 kampus . haaa, baru la sibuk nak tanya², kenal², borak² bagai . oooohhhooo . 


          Instead of kejiranan, what de amazing thing is, UMT jugak la tempat aku kenal bakal sedara² terdekat . Ingat lagi time first year ngan rumet aku Aisyah . Hari² duk borak, last² dapat tau, die sepupu abang long rupenye . alahai . Tyme tu abang long tak nikah lagi ngan Kak Long . da nak jadik sepupu pon tak kenal lagi rupenye . Paling dramatik skali, abang long da bagitau sepupu dia pon belaja kat UMT . Konon nak mencari la aku ni . Padahal duk katil sebelah aje . Kecik sungguh dunia . hahaha . 

Rumet UMT . Aku, Farah, Aisyah

         After a year masuk UMT, aku dapat perkhabaran Kak Dayah pon dapat tawaran UMT jugak in Math Kewangan . Dulu time duk matrik Perlis, xde sedare terdekat kt utagha . Sedey siot  . Ayah kak Dayah ni kawan atuk aku. Depa selalu datang jenguk aku kat KMP . Hepi la jugak, bajet² cam famili datang . Ajak keluar hujung minggu, round² Perlis . terharu sangat . hehe . Now, she's in Terengganu pulak . Pusing² jumpe jugak rupenye .

         Time matrik jugak, selalu gosip² ngan rumet pasal orang itu ini . Nak tahu nama la, asal dari mana . banyak benor nak siasat & lastly, jumpe kt UMT jugak . Maka, bertegur-teguran la kami . haaa. kang bagus kalau dr matrik dulu da kenal .isyh² . haha . Klu bab cite² crush ni, ade la sorang mamat ni, aku admire time matrik. Admire sbb dia budak basketball. tu aje . macho oo tengok atlet² ni . haha . Baru nak admire, da tamat pengajian. kejap sgt nak mengusyar . After masuk UMT, da lost info da la . BUT surprisingly, he's actually my coursemate's cousin . Subhanallah . 


         4 years in UMT cukup bermakna bagi aku walaupon awal² dulu, aku tak suke nak masuk U ni . sebab.....dekat ngan umah . konon tak bekembang + course xminat pulak . "alasan". Tapi sape tau, UMT jugak tempat aku rapatkan ukhuwah fillah . ^_^





Kadang² kita fikir orang yang jauh dari kita tu, akan semakin jauh kalau tak contact . & kadang² kita yakin yang rapat and dekat dengan kita tu akan sentiasa dekat dengan kita . kn? tapi ketahuilah bahawa yang jauh itu sebenarnya dekat dengan kita, AND yang dekat itulah yang akan menjauh dari kita sebenarnya . TAPI kadang
² yang dekat tu, akan semakin dekat . errmmm . Perancangan Allah, tiada siapa yang tahu .

Tuesday, June 11, 2013

Failure ► Brought Me Towards Precious Experience ♥♥



          Kegagalan tak beerti kita dah kalah kesemuanya . Mungkin sebelum ni, aku asyik dapat apa saja yang aku nak. Everythings going smooth . Sampai lah suatu ketika, time Final Semester, i'd stuck on my project, Final Year Project . sangat frust, tension, sedih . Macam² rasa ada. rasa serba salah pon ada . Tapi nak buat camna, pilihan di tangan sendiri . berbahagia lah tuk extend semester . hehe

          On September 2012, tatkala rakan² seperjuangan da start kerja, aku tekial² nak daftar sem baru . Sem baru la katakan . dapat berita dari kawan², da boley sambung kat tempat LI la, da keje itu ini, waaahhh. jeles pulak rasa hati . Disebabkan kejelesan yang tinggi, maka aku cuba tuk cari pape kerja yang sesuai, sambil cover up my de ONLY project . Kalau tak buat pape, bosan jugak . So dapat la 1 kesempatan, tuk jadi demonstrator/instructor Java 1 or Pengaturcaraan 1 . Time tu tak pikir da, reti ke, berhabuk ke, berkarat ke, malu ke. lantak la. Janji ada keje . why shouldn't i have a try ?


24 September - 17 Disember 2012
 ♫♥♫ Pengaturcaraan I ( Programming I )


Sebelum nak assign lab, kne interview dulu . ermm, boley tahan Dr Shukri, java Lecturer . My partner for conducting lab adalah ngan student master aka senior SE, Arizal . First time datang nak kenal² environment, partner suh ganti 2 2 lab pulak . Dah la fes time, memang naye la sikit . Baru nak mintak tolong tunjuk ajar . Sekali tak dapat datang . Sorang² la jawabnya . 


Makmal Pengaturcaraan 2.

Aku di'assign' tuk jaga lab 2 . Gambar atas ni
adalah gambar sebahagian students SE lab 2 . 
Diorang ni sempoi, senang nak handle. 

Gambar sebelah ni adalah salah satu environment pembelajaran lam lab la . tak perlu skema² sangat . let them do on what they want . Sometimes, dorang memang skema, maybe sbb fes time & fes year lagi kot . But sometimes, aku yang buat dorg skema. hehe




2 Januari - 27 Febuari 2013
♫♥♫ Sistem Komputer & Aplikasi (Computer & Application System)

Dah finish 1 session for SE students, aku bantu bestie aku plak, Zulaikha Zainal as demo gantian tuk handle lab komputer bagi student semester 2 Diploma Fishery . Havoc and happening jugak budak² ni . kanak² ribena la katakan . Kelas pon cam enjoy, dorg pon enjoy, aku pon enjoy² la jugak . takde nak stress sangat . 

Makmal Pengaturcaraan 3, Dip. Fishery Students

First time perkenalkan diri, dah macam² da dorg ni .
Aku suh panggil Che'E, dorang panggil Kak Che'E..
errrmm, ape² la. tak kisah pon, janji ada nama sudah. dari awal sampai la abis kelas, havoc aje setiap masa. Teringat plak aku time² sekolah dulu . Adooii. Layan aje la. Yang penting, seronok . Enjoy the lesson . 


Sepanjang kelas, ni aje la keje. berfotoshoot . nak buat camne . HObi . Dorang pon layan, aku lagi la layan . Zaasssss . huhu . Macam² ragam ade . 

Walaupun just ganti lab sekejap je, sebenarnya itu yang membuatkan aku rindu sangat kat dorang yang havoc ni . 

Nice to Know U guyz





24 Febuari - 26 Mei 2013  
♫♥♫ Pengaturcaraan II ( Programming II )

Again on second semester degree student, aku dapat offer dari Dr Shukri skali lagi tuk sambung conduct lab students Bsc Software Engineering. Alhamdulillah, terima dengan hati yang terbuka . After present FYP on 16 Januari 2013, aku memang da free from any work . So aku ambil peluang ni sekali lagi tuk tingkatkan konfiden level aku instead of, kenal lebih rapat lagi junior² aku ni .

              Dugaan 2nd semester, aku terpaksa conduct 2 lab sekaligus sebab takde sape sanggup nak jadi partner aku handle Programming II . Aku mengharapkan ada yang expert programming join handle lab, malangnya, terkangkang aku seorang diri, sebab Programming II seems more tough from Programming I . Tapi tak pe la, coobaaannn ... still lagi dapat informal helps from my friends out there . Thankz a lot .

Dewan Konvensyen TTI , Bsc . Software Engineering students

Junior, Ina Fazlina
Junior, Fatiha Subri


Second time jumpe for second lab memang awesome . Kitorang dah makin rapat, makin kenal antara satu sama lain . Some sort of happiness, sadness, frustrated moments thus problems, we've shared together . 
At Tapak Jom Heboh, Mas . Teha . Ina

Pada 26 April 2013, aku berpeluang join Dinner Comtech bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu . ewaaahh . bertemakan Rainbow Night . Aku antara senior yang hadir dalam kalangan senior² yang ada . Walaupun ciput je jumlah kitorang, tapi takpe . datang memeriahkan majlis . Support adik² namanya . 

Rakan Se'batch' , Afif . Ika . Aku . Paan
Tak meriah la kalau p dinner tak berfotoshoot . So dikesempatan yang ada, kami² bergambar la setakat yang sempat . Nak buat kenangan la katakan . poyo jer . haha

Dinner Comtech , Joe . Tiey . Zaty . Aku . Dewi



On 14, 15 and 19 Mei 2013, aku diberi kesempatan oleh Dr Shukri tuk menjadi panel bagi pembentangan PITA (projek ilmiah tahun Awal) student² SE . hehe . Selama 3 tahun di UMT, asyik aku aje di'judge', sekali sekale, judge orang lain plak . Antara panel jemputan yang turut membantu aku mengadili proses pembentangan adalah Paan, Ika, Iqbal dan Mat . 

Hari ke-3 sesi pembentangan PIT(Awal) SE .

Latest picture below on 5 Jun 2013 at my house . Ni sume sebab salah faham . Dorang ni nak datang menziarah orang sakit katanya . Dimaklumkan aku accident . padahal accident kecik aje . Tak memasal, dapat surprise . But frankly thought , terharu giler kot . ^_^  . Kini dorg pon da in Final Exam . Lab session pon da tamat . Selesai sudah pengembaraan programming selama 2 semester bersama adik² SE yang happening . Nice to meet n know u ols. 


Setiap apa yang berlaku, tentunya ada hikmah disebalik kejadian . ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya . Daripada kegagalan yang wujud, maka terciptalah setiap perincian peluang baru untuk kita terokai . 

Kepada semua insan yang wujud dan hadir dikala diri ini membutuhkan semangat untuk terus bangun, A very big thankz to all of u . You make my day go better and better . 
♥ LOVE U ALL ♥



Sunday, June 9, 2013

♥ Suka itu CINTA ke? ♥

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
♥►Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?

♥►Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya­ kerana kamu tahu ia ada di sana?

♥►Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

♥►Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?

♥►Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?

♥►Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

♥►Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

♥►Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?

♥►Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan takter fahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?

♥♥ITUL­AH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

♥♥Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

♥♥Jika­ demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

♥♥ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

♥♥ITULAH­ CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
♥♥ITUL­AH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalamsehingg­a menusuk?

♥♥Yang demikian itulah namanya CINTA.

Adakah kamu rela berkorban kehilangannya Untuk kebaikannya walaupun kamu tidak boleh hidup tanpanya ♥♥ITULAH CINTA.

Kamu mengalirkan airmata kesyukuran Melihat orang yang kau sayangi gembira Sedangkan dikau berduka..

♥♥ITULAH­ CINTA

Walupun dia bukan milikmu Kamu selalu mendoakan yang terbaik buatnya

♥♥ITULAH CINTA.



Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….ka­u akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari…. 

Friday, May 31, 2013

♥ A Moment To Remember ♥

      Sedar tak sedar da 23 tahun umur aku sekarang . sungguh muda remaja dari yang remaja² . haha . Tahun berganti tahun, ada saja kawan² yang melangsungkan perkahwinan . sama ada kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrik mahupun dari universiti tercinta . semua da besar² , semua da matang . Turut bahagia mendengar perkhabaran tentang dorang . 
        Imbau balik kenangan² lampau, rasa nak tergelak pun ada. teringat perangai kawan² yang 'giler²' , tup² dapat invitation nak kawin . Unbelievable . haha . Dalam ramai² kawan rapat aku . Khaidatul Akma (kak) adalah antara sabahat yang paling awal mendirikan rumah tangga diantara kitorang yang lain . Lagi la unbelievable . Apa tak nya, tetibe je invite kenduri . perghhhhh . 
        Kitorang mula rapat time form 4, masa tu aku pes tyme masuk hostel kot . sebelum ni duk umah jer. haha . masuk hostel pon semata² plan nak handle majlis tuk asrama. kalau tak, mmg takkan duk ostel la kot . 


Aku, Fazlina, Tehah, Lia, Kak

Ni gambar kitorang time lawatan ke Cameron Highland pada 2006 . time form 4 . tak ingat lak tuk ape. Assume lawatan suke² je la senang . kah3 . So happy² . time ni still budak² lagi . hanimun time . Kitorang get along together sampai la masing² bawak haluan sendiri iaitu after SPM . 


After SPM

After SPM, semua da dapat study jauh² . semua da bawak haluan masing² . Aku time tu p Matrik Perlis , Lin masuk Matrik Pahang , Kak kt Unisza . After abroad la konon kt Perlis,  aku dapat UMT pulak, dekat je ngan rumah, still in Terengganu, Lin plak dapat UPSI . 

Rumah Khaidatul Akma

Gambar kat atas ni pejumpaan taun bile ntah . kt umah Kak . rindu ooo . masing² lame tak jumpe. sekali sekale jumpe camni, lepas jugak rindu . 

atas Pelamin Wedding Natalia

Gambar kat atas ni plak time kenduri umah Natalia, tahun 2011 kalau tak silap. date pon da lupe. isyh² . Amik berkat dihari perkahwinan yang ke 3 dari rakan² sekolah (SMKATJ) selepas Fatihah dan Niza . haaaa

Kak, Dayah, Nazira

Ni la geng² road to Kemaman menghadiri perkahwinan Natalia . Planning this tour pon last minute jugak . Alhamdulillah, akhirnya sampai kat kemaman. boleh jugak datang meraikan kawan² kawin . hehe

2 Jun 2012

Hari Bahagia Khaidatul Akma & Anas

Tanggal 2 Jun 2012, Kak da naik pelamin . aura Natalia melekat rupanya . haha . Mabruk tuk kawan aku, Khaidatul Akma & suami, Anas . Of coz la hari bahagia kawan kena datang walaupun sibuk. wajib datang . so happy dat time. terperanjat pon ade. coz tetibe je dijemput . AMAZING!! Cuma 1 je tak seronok, Lin tak dapat hadir . Wakil aku je la kot . kah3 . 


8 months of Pregnancy

After kawin, Kak dan suami da sambung belajar kat Jordan, tinggal sane . Dapat pulak perkhabaran gembira, kak mengandung . WOW....da tak lame, dapat anak sedare . kah3 . Gambar kat atas ni, adalah gambar time Kak mengandung 8 bulan . Special date taken, 5.5.2013 . Hari mengundi kot . Siang da penat mengundi, sempat lagi p jenguk orang mengandung . da lame tak jumpe . Comel da sume . Terutamanya bakal ummi ni . 

25 Mei 2013

2nd Day as 'Ummi' at HSNZ

Tanggal 25.5.2013, pada jam 4.54 petang, Kak da selamat melahirkan seorang baby girl yang kiut miut lagi .  Teruja giler bila dengar berita ni dari FB suami Kak, Anas . Keesokan hari terus p terjah hospital ngan Lin . tak sabar nak tengok baby . 

"Dilarang mengambil gambar ketika berada di dalam wad" --> jadahnya . tak kira, nak amik gambar jugak . "klik..klik..klik"...haaaa . dapat pon amik gambar ngan ummi and baby skali . 

Cutie Baby Girl, Rifhan . ♥

This is the new born baby girl, Rifhan.....so so so cute . macam ummi ngan abi dye jugak . First time p tengok baby kawan baik kat hospital, aku ngan Lin teruja giler kot . cam jakun pon ade jugak . Happy pnye pasal . 

sedar tak sedar, kawan yang dulunya bermain sama², gaduh sama², buat keje sama² and almost everythings nak share something together, sekarang da jadi mak orang da . What a Superb Life . 

#There's Lot of Things Happen . but We're still have A MOMENT TO REMEMBER !


Saturday, March 23, 2013

7 Tips Membuatkan Otak Cepat Berfikir



1. Ambil dosis EPA secukupnya
EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.
**perbanyakkan pengambilan protien ikan berbanding protien lain

2. Seks secara terancang
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stress dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki
Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak kita tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika tidak berlatih secara regular, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.
**Lakukan banyak aktiviti 'Berfikir'. (Osem Thinking Practice in Programming)

4. Berjalan kaki
Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan fikiran. Berjalan di bandar, dekat sungai atau di taman akan membantu menyingkirkan awan kelabu dan membantu fikiran kita lebih ‘jernih.’

5. Ketawa/Senyum
Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak. Pastikan ketawa setiap hari yer. Lagipun senyum itu sedekah ;) . Nampak lagi comey kalau senyum ...

6. Berfikiran Kreatif
Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan korang berfikir lebih cepat dan Kreatif. Jadi,kalau korang minat muzik atau somethings yang related to arts, just go on.. Keep enjoying all that. 
**Programming is an Arts 

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).
**jangan ego ngan budak2.. Coz sometime otak kanak2 lagi logic dari otak orang dewasa. 

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan fikiran anda dari penjara fikiran ‘seorang dewasa’, kita akan menemui cara berfikir yang belum pernah ada sebelumnya.


 ---- #cp MyBerita ----


Thursday, February 14, 2013

Kerana Isteri Anda TIDAK BEKERJA ...?


Seorang suami mengadu rasa letih ... letih dan letih .... dan mahu isterinya membantu dia mendapatkan wang dengan bekerja juga, kerana setakat ini dia berpendapat bahawa isterinya adalah ''tidak berkerja''.


Berikut adalah Soalan dan Jawapan antara Suami (S) dan Pakar Psikologi (P):

P: Apa yang anda lakukan untuk hidup Encik?
S: Saya bekerja sebagai Akauntan di Bank.

P: Isteri Anda?
S: Beliau tidak berkerja. Beliau adalah Suri rumah sahaja.

P: Siapa yang membuat sarapan pagi untuk keluarga anda pada waktu pagi?
S: Isteri saya, kerana dia tidak bekerja.

P: Pada apa masa isteri anda bangun untuk membuat sarapan?
S: Dia bangun pada kira-kira 05:00 pertama kerana dia membersihkan rumah sebelum membuat sarapan.

P: Bagaimana anak-anak anda pergi ke sekolah?
S: Isteri saya membawa mereka ke sekolah, kerana dia tidak bekerja.

P: Selepas mengantarl anak-anak ke sekolah, apakah dia lakukan?
S: Dia pergi ke pasar, kemudian pulang untuk memasak dan pencucian pakaian. Anda tahukan dia tidak berkerja.

P: Pada waktu malam, selepas anda pulang dari pejabat, apa yang anda lakukan?
S: Berehat, kerana saya kepenatan kerja seharian.

P: Apakah isteri anda lakukan itu?
S: Dia menyediakan makanan, melayan anak-anak kami, menyediakan makanan untuk saya dan membersihkan pinggan mangkuk, membersihkan rumah kemudian menidurkan anak-anak.


Dari cerita di atas, yang manakah anda berfikir lebih berkerja??

Setiap hari isteri anda bermula dari awal pagi hingga lewat malam. Yang dipanggil 'TIDAK BEKERJA'?!

Hargailah isteri anda. Kerana pengorbanan mereka adalah tidak terkira nilainya. Ini harus menjadi peringatan dan renungan untuk semua bagi memahami dan menghargai setiap peranan orang lain. Memahami dan Menghargai antara satu sama lain akan membuat setiap orang berasa gembira.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:

"Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya."

Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.


Sunday, November 4, 2012

Exp : Oracle 10g & Ora Dev 6i

New sem for a new thing to be explore. Sebulan dah berlalu untuk Latihan Industri. still ade rasa rindu lagi. rindu nak bekerja, rindu nak berkomunikasi, rindu nak bergurau senda. semua la. very precious memory with   MBKT staffs.

              Walaupun da lame rasanya tinggalkan saat bekerjaya camtu, tapi terasa hati ini untuk kongsi sedikit sebanyak ape yang aku da belaja time praktikal ari tu. The main things that had been given to me to be explored are:
1- Oracle Database 10g
2- Oracle Developer 6i (Form n Report)



Just a review about both of the things. no details maa. nanti pening.

Oracle Database 10g - 1st database design for enterprise grid computing










Oracle Developer 6i (Form n Report) - free integrated development environment to ease the management of Oracle database


selection for 'Oracle Form Developer' installation




selection for 'Oracle Report Developer' installation



sikit-sikit da la. ni review aje. not a detail installation. Just wanna share a simplest thing about Oracle.