Thursday, February 5, 2015

~~ Susahnya Menolak Cinta ~~


Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam dan cabaran.

Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu memilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh...Namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.

Memang susah untuk menolak cinta seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kita.

Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan ketakutan yang lain lagi.


Jangan terlalu memberi perhatian kepada yang berlainan jantina

Bila kita memberi perhatian yang lebih terhadap rakan yang berlainan jantina, orang mana yang tidak akan salah sangka. Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak kamu bertunang.

Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan-rakan yang lain.

Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri dalam bergaul dengan lawan jenis. Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri, tetapi juga orang-orang yang rasa mendapat perhatian dari kita.

Jika orang tersebut mengetahui kita sebenarnya tiada perasaan terhadapnya, dia akan rasa dipermainkan. dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi.

Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina.

Bergaullah sewajarnya, hanya yang sewajarnya. Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun sehingga merosakkan sebuah ukhuwah.

Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan??


Jangan Tertipu oleh Perhatian

Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula dari hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta. Maka, kita janganlah yakin mengambil keputusan bahawa si dia jatuh hati dengan kita.

Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia. Jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia. Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian.

Penyakit tipuan/terpedaya hati ini memang lebih banyak dirasakan wanita, kerana lumrahnya sifat wanita memang suka dipuji, diberikan perhatian lebih.

Sebab itu juga wanita yang paling ramai mengalami patah hati.

Oleh itu, batasilah perhubungan dengan kawan berlainan jenis yang boleh membuat semuanya kacau.


Susahnya Menolak Cinta

Menolak cinta . . . Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. Kalau dia mengajak kita berkapel, maka tolak sahaja.

Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih?? Samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?


Jika dia ingin ta'aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita. Jangan sehingga kita tertipu ta'aruf kosong, iaitu menghalalkan kapel dalam bungkusan ta'aruf.


Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus tolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin. Maka, lalukanlah Istikharah dahulu, serahkan semuanya pada Allah.

Kerana siapa yang tahu mungkin ternyata dia yang terbaik untukmu.


Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita. Jangan menggunakan nada yang tinggi. Agar ukhuwah tidak rosak.


cp: http://akuislam.com/blog/ 

No comments:

Post a Comment